Monday, 8 June 2020

JINGGA13 KOTA TINGGI MEMBANTU PENIAGA KERANA TERKESAN AKIBAT PANDEMIK COVID19

Sepanjang PKP dan PKPB, kebanyakkan Peniaga Kecil tidak dapat berniaga secara normal dan terpaksa berniaga cara baru iaitu secara online COD. Kaedah ini agak asing dan penghasilannya jauh berkurangan.


Ada peniaga yang terpaksa melepaskan kedai sewaannya kerana tidak mampu membayar sewa. Malah duit simpanan juga habis digunakan untuk survival hidup sepanjang PKP.


Kini, untuk memulakan semula perniagaan, kewangan menjadi masalah utama mereka. Lantas Jingga13 Kota Tinggi yang diwakili oleh Sdr Kamaluddin Md Simpol (Koordinator) dan Sdr Noorjepri Jailani (Timb. Koordinator), tampil menghulurkan bantuan.


Sumbangan berupa makanan dan barangan keperluan dapur telah dihulurkan. Sementara pihak kami akan meneruskan untuk memanjangkan permasalahan mereka kepada pihak yang berkewajiban.


Hari ini, seramai Dua orang peniaga yang juga merupakan Ibu Tunggal  menerima sumbangan tersebut. Salah seorang daripadanya tinggal di Bandar Tenggara dan seorang lagi, di Kg Kelantan, Kota Tinggi.

Semoga sumbangan ini, dapat membantu meringankan beban kehidupan mereka. Jingga13 Johor merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan Jingga13 Kota Tinggi.

#MuafakatPrihatinBerani