Tuesday 23 June 2020

IBU TUNGGAL SITI NADIAH DIHIMPIT KEMISKINAN MENDAPAT PERHATIAN JINGGA13 KOTA TINGGI

Kemiskinan bukanlah kehendak kita. Kalau diberi pilihan, kita akan memilih untuk tidak menjadi miskin. Namun apakan daya, takdir Allah mengatasi segala2nya.


Inilah yang berlaku kepada seorang Ibutunggal yang baru berpisah dengan suaminya. Siti Nadiah terpaksa meneruskan kehidupan dengan menyara 5 orang anak yang masih kecil dan juga seorang ibu yang sudah tua.


Beliau bekerja sebagai Cleanner di Syarikat Air Johor (SAJ) dengan gaji RM 1000/bulan. Tidak punya kenderaan dan terpaksa berjalan kaki ulangalik ke tempat kerja. Ketika beliau pergi bekerja, anak sulung beliau yang berusia 11 tahun terpaksa menjaga adik2 mereka, termasuk yang bungsu yang berumur 3 bulan.


Sebelum ini, mereka menyewa sebuah rumah. Tetapi tidak mampu meneruskan kerana kadar sewaan telah dinaikkan kepada RM 560/bulan. Mereka telah berpindah dan menyewa sebuah bilik 8'X10' dengan sewaan RM 260/bulan.


Bilik yang disewa itu terlalu kecil untuk menempatkan 7 beranak. Tapi disebabkan kesempitan hidup, mereka redha. Mereka baru 2 minggu berpindah ke bilik tersebut. Sungguh mengharukan ujian yang menimpa mereka.

Jingga13 Kota Tinggi mengadakan lawatan ke kediaman keluarga tersebut, petang semalam. Turut bersama Sdr Kamaluddin Md Simpol dan Sdr Noorjepri Jailani serta Tok Azmi Ketua Kampong Kg Jawa, Kota Tinggi. Kami sempat menghulurkan sumbangan barang keperluan makanan dan barang dapur serta sumbangan tunai.


Suasana lawatan tersebut amat menyentuh hati. Tangisan demi tangisan memenuhi ruang bilik tersebut. Siti Nadiah meluahkan cerita keperitan hidup mereka sehingga kami juga turut bersedih dan beberapa orang dari kami turut menangis.

Jingga13 Kota Tinggi akan membantu mendapatkan rumah sewa yang lebih bersesuaian dengan kadar sewaan yang rendah. Beliau juga akan didaftarkan dibawah Baitulmal agar bantuan seterusnya boleh disalurkan kepada beliau.

Sebagai Warga yang Perihatin, Jingga13 Johor menyeru kepada seluruh masyarakat yg sudi membantu atau ingin menghulurkan sumbangan bolehlah menghubungi Jingga13 Kota Tinggi atau hubungi:
 Sdr Kamaluddin Md Simpol 01136806846.
Norjepri Jailani 0197194469

Sumbangan anda amat bernilai dan diharapkan.

Terimakasih.