Wednesday 24 June 2020

IBU TUNGGAL BERBANGSA CINA DAN INDIA TERIMA SUMBANGAN DARI JINGGA13 KOTA TINGGI

Masih ramai lagi rakyat yang hidup dalam kesusahan walaupun keadaan covid19 dan PKPB beransur pulih. Untuk memulihkan ekonomi diri perlu ambil masa, bukan mudah.


Itu yang dialami oleh seorang ibu tunggal. Beliau hanya mahu dipanggil dengan panggilan Lim sahaja, adalah seorang ibu tunggal yang hidup sebatang kara. Beliau bekerja sebagai Pencari Kotak dan barang2 lusuh untuk menyara kehidupannya. Hidup berseorangan amatlah susah, terutama ketika sakit. Tiada sesiapa disisi untuk minta pertolongan. Rumah pun dah uzur. Mengharapkan simpati orang sekeliling.



Seorang lagi, Sivadewi berketurunan India yang juga merupakan suri rumah tidak bekerja. Beliau menyara 6 orang dan suami beliau hanyalah seorang buruh kasar. Ada kalanya turun ke sungai menjadi nelayan dan hari2 biasa mencari besi buruk.

Jingga13 Kota Tinggi telah menghulurkan sumbangan kepada mereka, Berupa Barang makanan dan barang keperluan dapur. Sdr Noorjepri turut menghulurkan sumbangan tunai kepada mereka.

Sumbangan tersebut juga dihulurkan kepada seorang lagi golongan miskin, juga berketurunan India yang bekerja di Syarikat SWM. Isteri tidak bekerja dan menyara 5 orang anak. Tinggal menyewa disebuah rumah dengan kadar sewaan RM 250/bulan. Pendapatan mereka hanya sekadar untuk makan minum saja, tidak dapat menyimpan.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan perbelanjaan harian kepada mereka.

Jingga13 Johor mengucapkan syabas dan tahniah kepada Koordinator Sdr Kamaluddin Md Simpol dan Timb Koordinator Sdr Noorjepri Jailani serta Komrad Jingga13 Kota Tinggi, Sdr Zulhairi atas keprihatinan kalian membantu golongan yang terkesan akibat PKPB tanpa mengira kaum atau latarbelakang.

#MuafakatPrihatinBerani