Sunday, 10 May 2020

JINGGA13 N. SEMBILAN AGIH BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADHAN AL MUBARAK

Pada 9/5/2020, Jingga13 Negeri Sembilan telah mengadakan aktiviti mengagihkan bubur lambuk di sekitar Port Dickson sempena bulan Ramadhan Al Mubarak. 





Sejumlah 234  bungkus bubur lambuk telah diagihkan di kawasan Telok Kemang , Batu 6 , Batu 4 dan Lukut.






Menurut Sdr Khai Badong.  koordinator Jingga13 Negeri Sembilan , " Sumbangan bubur lambuk ini selain disumbangkan oleh individu yang bersedekah ianya turut juga di taja bersama PEE DEE Print , Port Dickson . Semoga usaha ini dapat menambahkan keceriaan sewaktu berbuka puasa dengan juadah bubur lambuk Jingga13 Negeri Sembilan.  ".