Saturday 9 May 2020

ARMAN PERLU RM18RIBU UNTUK PEMBEDAHAN PROSTAT, RAYU SUMBANGAN

Komrad Jingga13 Kota Tinggi Sdr Arman bin Sabhan kini menghadapi masalah kesihatan. Beliau dimaklumkan mengidap masalah Prostat yang menyukarkan pembuangan air kecil.


Sebelum ini, beliau merupakan salah seorang komrad Jingga13 yang aktif dalam menjalankan kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan.

Beliau juga merupakan komrad yang kerap menyalurkan sumbangan jika diperlukan.

Dalam keadaan beliau ditimpa ujian masalah kesihatan ni, banyak khidmat beliau yang telah terhalang. Ditambah lagi, beliau terpaksa menjalani pembedahan dalam masa yang terdekat. Namun atas faktor kekangan kos yang tinggi, beliau terpaksa menangguhkan sementara.



Pihak kami dimaklumkan bahawa kos pembedahan menelan belanja sebanyak RM 18,000. Ini adalah satu jumlah yang tinggi dan beliau memohon jasa baik kita semua agar dapat membantu beliau.



Hulurkanlah sumbangan anda terus ke account beliau. Mudah-mudahan setiap sumbangan anda dapat membantu meringankan kos perbelanjaan pembedahan tersebut.

Nama: Arman bin Sabhan
No Acc: 151164254100
Maybank.

Jingga13 Kota Tinggi mengucapkan ribuan terimakasih atas sumbangan yang anda hulurkan. Moga Allah membalas kebaikkan yang anda hulurkan.

Terimakasih.