Monday 2 March 2020

Program Bijak Ke Sekolah di Surau Lubuk Pedati, Baling, Kedah anjuran Jingga 13.kedah

28 Feb 2020 - Alhamdulillah baru selesai melaksanakan Program Bijak Ke Sekolah di Surau Lubuk Pedati, Baling, Kedah anjuran Jingga 13.


Dalam keadaan kemelut politik yg tercatat dlm sejarah politik Malaysia 2020 di mana Parti Bersatu terpahat Parti yg khianat serta 11 lagi puak kartel, saya teruskan juga program Bijak Me Sekolah Jingga 13 yg telah disusun lebih awal demi menyantuni 80 pelajar asnaf di Baling.




Dalam ucapan saya sampaikan salam dari Dato Seri Anwar Ibrahim & Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Penaung dan Penasihat Jingga 13 Malaysia dgn .

Kepada pelajar asnaf saya sampaikan formula 3S utk berjaya dunia dan akhirat.

1) Sayang sungguh² Ibu Bapa
2) Sayang sungguh² Cikgu di Sekolah
3) Solat 5 waktu jgn tinggal.

Jika ramuan asas 3S ini dpt dilakukan, rajin belajar dan beri perhatian waktu cikgu mengajar, tak faham jgn malu bertanya, rajin buat homework, tidak ada sebab pelajar asnaf di Baling tidak boleh berjaya dunia akhirat.




Pelajaran mampu mengubah nasib keluarga yg daif kpd yg lebih baik. Tanamkan niat belajar utk berjaya dan berazam akan menghantar Ibu dan Ayah menunaikan umrah bila sudah berjaya nanti.

Kesusahan bukan alasan tidak boleh berjaya, sampai bila kita nak hidup susah?

Kepada adik²lah harapan ibu ayah utk jadi pelajar yg cemerlang dan berjaya di dunia dan akhirat.





Jingga 13 Malaysia amat berharap adik² akan terus belajar dan terus belajar tampa jemu menimba ilmu hingga berjaya dunia dan akhirat.






Saya mohon maaf agak terlambat menyampaikan bantuan ini kerana masalah sumbangan yg tidak mencukupi dan terpaksa menunggu hingga skrg baru mampu menyampaikan sumbangan ini.

Tahniah Jingga 13 Kedah Idris Othman Idris kerana berjaya menjayakan Program Bijak Ke Sekolah.

Amizudin Bin Ahmat
Pengarah
Program Bijak Ke Sekolah
Jingga 13 Malaysia.