Sunday 1 March 2020

Jingga13 Kota Tinggi menyampaikan Sumbangan Bagi Pembinaan Musollah

1/3/2020 Hari ini, Sdr Kamaluddin Md Simpol selaku Koordinator Jingga13 Kota Tinggi bersama Sdr Zabidie Abas telah menyampaikan sumbangan kepada pihak PIBG Sek Men Sultan Alauddin Felda Bukit Besar bagi tujuan untuk Pembinaan Musollah.



Cadangan Pembinaan Musollah ini telah lama dirancang sejak tahun 2016 lagi. Dan masih lagi mengharapkan sumbangan para dermawan bagi menampung kos yang berjumlah RM 600K.


Bertepatan dengan Mesyuarat Agong PIBG hari ini,  Jingga13 Kota Tinggi telah mengambil peluang untuk menghulurkan sumbangan tunai hasil daripada kutipan komrad Jingga13. Selesai Majlis Perasmian yang telah disempurnakan oleh En Idris Abdullah Pengurus Felda, majlis penyerahan sembungan daripada Jingga13 telah disempurnakan oleh Sdr Kamaluddin Md Simpol Koordinator Jingga13 Kota Tinggi.



Sdr Kamaluddin turut merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan rakan komrad yang sudi menghulurkan sumbangan itu. Moga sumbangan tersebut dapat membantu pihak sekolah dan Pibg mengumpul tabung Musollah.


Seterusnya, beliau menyeru kepada para dermawan yang perihatin dan sudi menghulurkan sumbangan, bolehlah terus menghulurkan atau menghubungi pihak Sekolah Menengah Sultan Alauddin, Felda Bukit Besar, Kulai, Johor.


Jingga13 Johor mengucapkan tahniah kepada Jingga13 Kota Tinggi atas keperihatinan dan sudi membantu pihak sokalah.