Tanpa kita sedari apa sahaja yang kita buat di atas muka bumi ini mampu menjadi satu ibadah.
Begitu juga dalam menggembirakan dan menyenangkan orang lain.
Membantu manusia lain juga adalah satu ibadah dan merupakan sunnah Rasulullah SAW.
Namun bagaimanakah yang dikatakan membantu orang lain itu adalah satu ibadah?
Allah paling suka
Ini berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud,
“Wahai Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling disukai Allah? Dan amalan apa yang paling disukai Allah?”
Nabi menjawab, “Orang yang paling disukai Allah ialah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain. Amalan yang paling disukai Allah ialah kegembiraan yang engkau hadirkan buat seorang muslim, atau engkau angkat kesusahan yang menimpanya, atau engkau langsaikan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya. Dengan aku berjalan bersama saudaraku untuk suatu urusannya lebih aku suka daripada dapat beriktikaf di masjid ini selama sebulan.” (Hadis riwayat at-Thabrani)
Terima kasih Jingga13 Perlis