Monday 30 September 2019

Jingga13 Melaka santuni keluarga En Fairuz

Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Benarlah seperti kata pepatah yang berjaya diterjemahkan oleh komrad Jingga 13 Melaka dalam usaha mengorak langkah serta merintis jalan membantu asnaf khasnya di negeri Melaka sendiri.

Kedatangan wakil dari Jingga13 Melaka pada hari Ahad (29/9/19) mulanya disambut secara sederhana dan nampak di riak wajah penghuni rumah seperti was was melihat kedatangan kami.

Ya lah siapa yang tak terkejut dan pelik bila melihat ada wakil dari NGO kebajikan yang mereka sendiri tak pernah dengar yang hendak menghulurkan pertolongan.

Scammer ke ni?Apa muslihat mereka datang sebenarnya?

Macam macam persoalan berlegar legar di kotak fikiran seisi rumah tidak kira tua atau muda.
Namun setelah diterangkan tujuan dan matlamat sebenar Jingga 13 barulah nampak ada sedikit keriangan di wajah mereka.

En Fairuz, ayah kepada 5 orang anak (1 orang OKU) kurang bermaya ketika bercakap kerana mengalami masalah salur jantung tersumbat. Hajat ingin membuat pemeriksaan lanjut di HKM terbantut gara gara bimbangkan tentang kos yang dianggarkan mencecah rm20,000.

Si bapa juga menghidapi penyakit kencing manis dan darah tinggi yang kronik
Dengan pendapatan bersih rm970 sebulan sebagai pegawai keselamatan hanya mampu bekerja 8 jam sehari atas sebab masalah kesihatan

Si isteri tidak bekerja hanya menguruskan rumah dan anak anak .

Bantuan dari pusat zakat hanya rm200 sebulan
*Si isteri juga mengadu tentang keputusan wang ringgit untuk membayar sewa rumah dan bil elektrik juga bekalan makanan yang semakin berkurangan.
Dalam nada sendu dan sebak cerita sebenar terhurai satu persatu
(*Info ini diberitahu lewat atas sifat malu berterus terang semasa bersemuka dan bekalan makanan lebih diutamakan untuk sarapan anak ke sekolah - anak sangat jarang dapat bersarapan di rumah hanya mengharapkan makanan RMT di sekolah serta berbekalkan wang saku rm1 jika ada duit lebih)
Itu cerita semalam .

HARI INI
Kedatangan pada hari ini (30/9/19) diketuai Koordinator negeri 
Jingga 13 Melaka En Shah Kesuma Jaya bersama Setiausaha Jingga 13 Melaka berkesempatan untuk menziarah keluarga En Fairuz bagi menunaikan sebahagian kecil dari hajat  mereka .

Berbeza dengan semalam hari ini nampak keceriaan di wajah penghuni rumah
Sejumlah 60% dari bil elektrik dapat dibayar
Sedikit bantuan makanan yang berkhasiat terutamanya untuk sarapan anak anak dan sedikit sumbangan wang tunai .

Koordinator negeri juga memberi sedikit nasihat antaranya :
1. Berjumpa dengan pihak berkaitan seperti JKM untuk melihat jenis bantuan yang ada
2. Si bapa perlu dan wajib mendapatkan rawatan lanjut tentang  penyakit yang dihadapi jangan difikirkan sangat tentang kos
3. Cuba membuka rezeki dengan berniaga kecil kecilan
4. Ibubapa perlu titikberatkan tentang ilmu kepada anak anak

Akhir kata
Ayat terakhir dari si isteri kepada mereka yang menghulurkan bantuan wang ringgit dan setelah berpuluh puluh kali ucapan terima kasih dihamburkan
'Ok..baik,semoga dipermudahkan segala urusan untuk membantu pada yang memerlukan,terima kasih..'