Saturday, 14 December 2013
Operasi Membuat Rumah Orang Asal oleh Jingga 13 dan Insaf Malaysia
Jingga 13 Malaysia bersama Jingga 13 Pekan bergabung tenagan membantu Insaf Malaysia dalam membuat rumah yang dijangka siap dalam masa 48 jam .
Walaupun dalam penuh kesukaran dan kekurangan tenaga , Alhamdulillah komitmen yang bersungguh-sungguh mereka bermuafakat dalam membantu mangsa banjir di Kg Gumum, Tasek Chini , Pekan .
Walaupun dalam penuh kesukaran dan kekurangan tenaga , Alhamdulillah komitmen yang bersungguh-sungguh mereka bermuafakat dalam membantu mangsa banjir di Kg Gumum, Tasek Chini , Pekan .
Team Prihatin Jingga 13 Malaysia dan Pekan Di Kg. Gumum , Tasek Chini bergabung dengan Insaf Malaysia
Team Jingga 13 Malaysia dan Team Jingga 13 pekan telah bergabung bersama Insaf Malaysia dalam misi membantu mangsa-mangsa banjir di Kg. Gumum, Tasek Chini, Pekan .. Khusus dalam program 'Tampal Rumah' yang bakal membina rumah kepada warga orang asal di Kg. Gumum.
Kecewa bantuan banjir lewat, Jingga 13 serah memo ke Kementah - keadilandaily
Kecewa bantuan banjir lewat, Jingga 13 serah memo ke Kementah
KUALA LUMPUR 13 DIS: Kecewa bantuan lewat tiba ke negeri-negeri pantai timur yang dilanda banjir, NGO Jingga 13 menyerahkan memorandum ke Kementerian Pertahanan, di Jalan Padang Tembak hari ini.
Walaupun melalui kawalan ketat di Wisma Pertahanan, penyelaras Jingga 13 Fariz Musa berjaya menyerahkan memorandum bagi mendesak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghantar operasi bantuan dan membersih rumah mangsa banjir.
“Kita minta Kementah tempatkan anggota ATM di kawasan yang surut banjir untuk membantu membersihkan kawasan kampung yang berlumpur.
“Ramai penduduk kampung terdiri dari warga emas dan wanita. Mereka sudah keletihan akibat banjir. Sekarang terpaksa pula bersihkan kawasan,” kata Fariz kepadaKeadilandaily.
Menurut Fariz, petempatan di negeri-negeri pantai timur kebanyakannya adalah kawasan perkampungan.
Justeru, penduduk kampung memberitahu Jingga 13, pihak berkuasa tempatan (PBT) hanya akan membersihkan kawasan tiga bulan dari sekarang.
“Ada banyak infrastruktur awam yang perlu dibersihkan. Masjid, sekolah, balai raya dan sebagainya.
“Ada juga yang ambil kesempatan kenakan caj pada orang kampung selepas pembersihan dibuat. Kita mahu elak perkara ini. Sebab itu kita desak ATM bantu,” kata Fariz.
Dalam pada itu, Fariz turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ATM dan anggota keselamatan yang membantu operasi bantuan banjir sejak dua minggu lalu.
“Namun, hanya tertumpu di pusat-pusat operasi pemindahan. Sekarang waktu membantu pembersihan,” kata Fariz.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=57229
Friday, 13 December 2013
MEMORANDUM JINGGA 13 SELAMAT DITERIMA OLEH WAKIL PEJABAT MENTERI PERTAHANAN
Kami tiba di hadapan Kementerian Pertahanan Malaysia ,Wisma Pertahanan untuk sampaikan memorandum kepada Menteri Pertahanan agar satu tindakan positif menghantar anggota-anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM ) ke lokasi di Kuantan, Paya Besar, Kemaman dan Pekan terutama di kawasan yang sudah surut untuk membantu mangsa-mangsa banjir terutama membantu membersihkan rumah mereka .
Pada awalnya , Pegawai Pejabat Menteri tidak mahu menerima memorandum kami . Namun kami bertegas kepada Anggota MP bahawa untuk menghantar memorandum tersebut . Kami tahu Datuk Seri Hisamuddin Hussein masih bercuti namun sudah pasti jawatan beliau dipangku oleh Timbalan Menteri Pertahanan .
Akhirnya jam 11.45 pagi , hanya Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia sahaja dibenarkan masuk untuk sampaikan memorandum . Sdr fariz Musa diiringi Anggota MP ke bangunan Kementerian Pertahanan . Pihak Pejabat Menteri telah menghantar seorang wakil untuk menerima memorandum tersebut .
Kesempatan tersebut Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia telahn menyerahkan memorandum tersebut dan memohon agar pihak Menteri Pertahanan dan kementerian dapat menghantar anggota ATM dan juga PLKN untuk membantu mangsa banjir untuk membersih dan memperbaiki rumah-rumah mereka yang dipenuhi lumpur , harta benda yang rosak dan musnah akibat daripada bencana banjir yang luar biasa.
Atas prinsip keprihatinan dan kemanusiaan rayuan dan memorandum tersebut telah berjaya disampaikan .
MEMORANDUM KEPADA MENTERI PERTAHANAN OLEH JINGGA 13 DI WISMA PERTAHANAN
Mohon Hantar Segera Anggota Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) Dalam Operasi Membantu Dan Membersih Rumah-Rumah Mangsa Banjir
di kuantan , paya besar ,
kemaman dan pekan
Tarikh :
13 DISEMBER 2013
Tempat :
Kementerian Pertahanan ,
Wisma Pertahanan , Jalan
Padang Tembak ,
Kuala Lumpur
Situasi
mangsa-mangsa banjir terutama di kuantan , paya besar , kemaman dan pekan sangat menyedihkan selepas surutnya
air banjir . Bukan sahaja mangsa-mangsa banjir mengalami trauma daripada
keadaan banjir yang luar biasa, namun kondisi mereka lebih tertekan apabila air
surut , di mana bencana banjir telah merosakkan harta benda dan rumah mereka dipenuhi
oleh lumpur.
JINGGA 13 Malaysia juga turut menghantar sukarelawan ke beberapa
lokasi banjir di Pahang , Terengganu dan Johor bagi membantu mangsa-mangsa
banjir mendapati betapa sengsara mangsa-mangsa banjir selepas air surut terutama
warga tua untuk membersih , mengangkat perabot dan barangan elektrik yang sudah
rosak , termasuk juga pakaian mereka yang diseliputi lumpur. Malah ada juga mangsa-mangsa
banjir mengalami kerosakkan dan kemusnahan rumah-rumah mereka .
JINGGA 13 Malaysia merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada anggota-anggota
ATM yang turut membantu mangsa-mangsa banjir di Parlimen Pekan khususnya di
Pusat-Pusat Pemindahan Banjir . Begitu juga
komitmen anggota-anggota ATM
beroperasi di Pusat Rakan Muda, Mak Lagam, Chukai, Kemaman serta turut membantu
memasak untuk mangsa-mangsa banjir sewaktu banjir berlaku .
Usaha
membantu membersih rumah mangsa sekarang ini dilakukan NGO , ahli-ahli parti
politik dan individu yang prihatin , namun terdapat pelbagai kesukaran terutama
kekurangan tenaga serta peralatan disebabkan terlalu banyak rumah-rumah mangsa
yang terlibat dalam bencana banjir .
Justeru atas prinsip keprihatinan dan kemanusiaan,
JINGGA 13 Malaysia memohon agar Kementerian Pertahanan Malaysia mengambil sikap
positif dengan SEGERA menghantar anggota-anggota ATM ke kuantan , paya besar , kemaman dan pekan khususnya di lokasi yang
sudah surut air banjir bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang sudah
pasti memerlukan bantuan tenaga bagi membersih lumpur dan membaiki rumah-rumah
mereka yang rosak dan amat menyedihkan , serta membersihkan segala longgokan
perabut dan sebagainya yang dibimbangi boleh mengakibatkan penyakit . Berdasarkan
pengalaman lalu pihak PBT terpaksa mengambil masa 3-4 bulan untuk membersihkan
longgokan sisa-sisa banjir .
Komitmen
dan keprihatinan pihak Menteri Pertahanan dan Kementerian Pertahanan Malaysia
sangat-sangat diharapkan bagi meringankan bebebanan mangsa-mangsa banjir atas
prinsip kemanusiaan dan tanggungjawab kepada rakyat Malaysia secara
profesional,adil dan saksama.
Muafakat*Prihatin*Berani
JINGGA 13 Malaysia
Misi Prihatin Jingga 13 hantar team ke Kg. Gumum , Tasek Chini
Team Prihatin Jingga 13 Malaysia sekarang telah berada di Kg. Gumum , Tasek Chini selepas semalam mendapat informasi bantuan dan sukarelawan diperlukan untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang merupakan masyarakat orang asal .
Jingga 13 Malaysia telah menghantar Komrad Che E dan Komrad Badung dengan dibantu oleh Koordinator Panatia Orang Asal Sdr. Ismail Leh dan Fatimah dengan membawa 30 pack barang-barang makanan kerana terdapat 30 famili yang berjumlah hampir 100 orang telah menghadapi bencana banjir .
Team Prihatin Jingga 13 akan bergabung bersama Insaf Malaysia untuk menyiapkan rumah-rumah untuk mereka dalam program "tampal Rumah".
Jingga 13 Malaysia telah menghantar Komrad Che E dan Komrad Badung dengan dibantu oleh Koordinator Panatia Orang Asal Sdr. Ismail Leh dan Fatimah dengan membawa 30 pack barang-barang makanan kerana terdapat 30 famili yang berjumlah hampir 100 orang telah menghadapi bencana banjir .
Team Prihatin Jingga 13 akan bergabung bersama Insaf Malaysia untuk menyiapkan rumah-rumah untuk mereka dalam program "tampal Rumah".
Misi Prihatin Jingga 13 Malaysia ke Kg. Sungai Ganchong , Pekan - 12 Disember 2013
Pada 7 Disember 2013 , Team Prihatin Jingga 13 Malaysia telah membantu mangsa-mangsa banjir di Kg. Sungai Ganchong selepas mereka dinafikan oleh Petugas UMNOBN kerana mereka dituduh sebagai penyokong pembangkang .
Penduduk Kg. Sungai Ganchong benar-benar berterima kasih di atas bantuan barang makanan yang telah dihantar oleh Team Prihatin Jingga 13 iaitu Komrad Tenku Zackriya, Komrad Badong , Komrad Joe dan Komrad Beguk Honda.
Cip telah dihubungi oleh Kak Sharifah dan meminta cip datang juga ke Kg. Sunagi Ganchong dan penduduk Kg. Sungai Ganchong benar-benar berterima kasih di atas bantuan yang diberikan oleh Team Prihatin Jingga 13.
Ini gambar-gambar yang kami rakamkan sewaktu cip dan Team Jingga13 Malaysia di Kg. Sungai Ganchong . Kami juga menyerahkan 15 kampit beras kepada 15 keluarga yang menjadi mangsa bencana banjir di mana rumah mereka masih ditenggelami air .
Penduduk Kg. Sungai Ganchong benar-benar berterima kasih di atas bantuan barang makanan yang telah dihantar oleh Team Prihatin Jingga 13 iaitu Komrad Tenku Zackriya, Komrad Badong , Komrad Joe dan Komrad Beguk Honda.
Cip telah dihubungi oleh Kak Sharifah dan meminta cip datang juga ke Kg. Sunagi Ganchong dan penduduk Kg. Sungai Ganchong benar-benar berterima kasih di atas bantuan yang diberikan oleh Team Prihatin Jingga 13.
Ini gambar-gambar yang kami rakamkan sewaktu cip dan Team Jingga13 Malaysia di Kg. Sungai Ganchong . Kami juga menyerahkan 15 kampit beras kepada 15 keluarga yang menjadi mangsa bencana banjir di mana rumah mereka masih ditenggelami air .
Penyerahan 50 Kampit Beras 5 kg kepada Pusat Operasi Parlimen Kuantan 11 Disember 2013
Penyampaian 50 kampit beras 5kg kepada Sdr. Alang bagi mewakili Pejabat Parlimen Kuantan di Pusat Operasi Banjir Parlimen Kuantan , Surau Medan Warisan , Kuantan .
Bersama ialah Mr. Lim ( Penasihat Jingga 13 Pulau Pinang / Pasukan Keadilan Pulau Pinang )
Gambar 02 - Misi Prihatin Di Chukai 11 Disember 2013
Team Prihatin Jingga 13 telah melakukan Misi Prihatin dengan mambantu rumah-rumah mangsa banjir dan mengagihkan barang makanan .
Subscribe to:
Posts (Atom)