Friday, 13 December 2013

MEMORANDUM KEPADA MENTERI PERTAHANAN OLEH JINGGA 13 DI WISMA PERTAHANAN

Mohon Hantar Segera Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Dalam Operasi Membantu Dan Membersih Rumah-Rumah Mangsa Banjir di kuantan , paya besar , kemaman dan pekan


Tarikh :

13 DISEMBER 2013

Tempat :
Kementerian Pertahanan ,
Wisma Pertahanan , Jalan Padang Tembak ,
Kuala Lumpur

  
Situasi mangsa-mangsa banjir terutama di kuantan , paya besar , kemaman dan pekan sangat menyedihkan selepas surutnya air banjir . Bukan sahaja mangsa-mangsa banjir mengalami trauma daripada keadaan banjir yang luar biasa, namun kondisi mereka lebih tertekan apabila air surut , di mana bencana banjir telah merosakkan harta benda dan rumah mereka dipenuhi oleh lumpur.

JINGGA 13 Malaysia juga turut menghantar sukarelawan ke beberapa lokasi banjir di Pahang , Terengganu dan Johor bagi membantu mangsa-mangsa banjir mendapati betapa sengsara mangsa-mangsa banjir selepas air surut terutama warga tua untuk membersih , mengangkat perabot dan barangan elektrik yang sudah rosak , termasuk juga pakaian mereka yang diseliputi lumpur. Malah ada juga mangsa-mangsa banjir mengalami kerosakkan dan kemusnahan rumah-rumah mereka .

JINGGA 13 Malaysia merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada anggota-anggota ATM yang turut membantu mangsa-mangsa banjir di Parlimen Pekan khususnya di Pusat-Pusat Pemindahan Banjir . Begitu juga komitmen anggota-anggota ATM beroperasi di Pusat Rakan Muda, Mak Lagam, Chukai, Kemaman serta turut membantu memasak untuk mangsa-mangsa banjir sewaktu banjir berlaku .

Usaha membantu membersih rumah mangsa sekarang ini dilakukan NGO , ahli-ahli parti politik dan individu yang prihatin , namun terdapat pelbagai kesukaran terutama kekurangan tenaga serta peralatan disebabkan terlalu banyak rumah-rumah mangsa yang terlibat dalam bencana banjir .

Justeru atas prinsip keprihatinan dan kemanusiaan, JINGGA 13 Malaysia memohon agar Kementerian Pertahanan Malaysia mengambil sikap positif dengan SEGERA menghantar anggota-anggota ATM ke kuantan , paya besar , kemaman dan pekan khususnya di lokasi yang sudah surut air banjir bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang sudah pasti memerlukan bantuan tenaga bagi membersih lumpur dan membaiki rumah-rumah mereka yang rosak dan amat menyedihkan , serta membersihkan segala longgokan perabut dan sebagainya yang dibimbangi boleh mengakibatkan penyakit . Berdasarkan pengalaman lalu pihak PBT terpaksa mengambil masa 3-4 bulan untuk membersihkan longgokan sisa-sisa banjir .

Komitmen dan keprihatinan pihak Menteri Pertahanan dan Kementerian Pertahanan Malaysia sangat-sangat diharapkan bagi meringankan bebebanan mangsa-mangsa banjir atas prinsip kemanusiaan dan tanggungjawab kepada rakyat Malaysia secara profesional,adil dan saksama.

Muafakat*Prihatin*Berani
JINGGA 13 Malaysia