Tuesday, 14 July 2015

JEJAK PRIHATIN RAMADHAN JINGGA13 KUALA LANGAT 

13 Julai 2015








Jingga13 sampaikan sumbangan idul fitri kepada Muallaf Ibu Tunggal Buta 

Pada 12 Julai 2015 , Jingga13 telah menyampaikan sumbangan Idul Fitri sejumlah RM500 kepada Pn Mashitah Abdullah, seorang muallaf yang baru sahaja 4 bulan sebagai saudara baru islam yang juga merupakan seorang ibu tunggal buta. Beliau menyapa 4 orang anak.

Selepas mendapat maklumat melalui Facebook yang menceritakan kisah penderitaan dan kedhaifan beliau, Jingga 13 mengambil inisiatif mendapatkan beliau dan Untuk membantu bagi meringankan penderitaan beliau sekeluarga. 

Jingga13 juga menyampaikan sumbangan Idul Fitri sejumlah RM500 kepada Sdr Mikheal Iskandaar , Naib Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia yang merupakan saudara baru islam . agar Idul Fitri pertama ini memberikan kebahagiaan kepada Sdr Mikheal Iskandar dan Pn Mashitah Abdullah sekeluarga.












Monday, 13 July 2015

Jingga13 sampaikan sumbangan kepada 41 keluarga fakir miskin di Kedah 

Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia telah menyampaikan sumbangan barang makanan dan tudung raya kepada fakir miskin di Kedah pada 9 Julai 2015 dan iftar bersama 41 keluarga fakir miskin di sana.