Monday, 13 July 2015

JINGGA 13 RAI 31 KELUARGA MUALLAF 

Jingga 13 Malaysia telah mengadakan program IFTAR BERSAMA MUALLAF sempena Program Prihatin Ramadhan pada 5 Julai 2015 di Surau AsSidiq , Taman Sri Andalas, Klang .

Program Prihatin Ramadhan tahun INI memfokuskan kepada para muallaf dan sejumlah 31 keluarga muallaf telah diraikan dgn program iftar bersam-sama , penyampaian barang makanan dan duit raya kepada anak-anak muallaf. 

Turut hadir ialah YDP PAS kawasan Kotaraja Cijgu Jaafar dan Presiden (Penaja) Persatuan Kebajikan Muallaf Selangor Sdr Mikheal Iskandar Abdullah. 

Program Iftar Bersama Muallaf dianjurkan oleh Jingga13 Malaysia dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Muallaf Selangor dan Surau AsSidiq. 


































JINGGA13 SELAR SENTIMEN PERKAUMAN SEMPIT APIKAN  PERPECAHAN

JINGGA13 merujuk kepada kekecohan yang berlaku di Plaza Low Yat semalam, semestinya perkara sedemikian haruslah dielakkan daripada berlaku hal sedemikian rupa kerana ia akan mengakibatkan keutuhan, kehormanian dan kerjasama antara kaum yang kembali terjalin selepas berlakunya kejadian 5 mei lalu iaitu "rusuhan kaum" boleh berulang semula. Sebagai manusia  yang dilahirkan berlainan bangsa,agama dan kaum adalah amat penting untuk bersatu dan hidup dalam penuh keharmonian . Bukan untuk berkelahi sesama kita, adu domba dan saling fitnah memfitnah.

Tidak perlu menunding jari ke bangsa lain malah, bersifat seolah tidak di didik dengan ilmu kenegaraan yang menyeru supaya bersatu tidak kira bangsa dan agama.
Harus faham kita hidup di negara yang berbilang kaum,bangsa dan agama maka menerima keunikan kepelbagaian tersebut untuk turut hidup aman damai.

Dengan itu "Golongan Muda" dari perbagai kaum,bangsa dan agama khususnya, harus SEDAR bahawa perkara sekecil ini tidak patut di besar-besarkan sebaliknya menyerahkan perkara ini kepada pihak  yang berkuasa untuk menyelesaikannya dan segala propaganda murahan mengapi-apikan sentimen perkauman dihentikan oleh mana pihak yang tidak "menangguk di air keruh ".

JINGGA 13 menyeru kepada seluruh anak muda Malaysia ialah "mencari titik persamaan untuk diraihkan bersama" serta " menghargai titik perbezaan agar saling hormat-menghormati" akan membentuk sebuah negara bangsa yang bermaruah dan rukun damai.

Muafakat*Prihatin*Berani

Heikarl Edzha Zaini
Naib Ketua
Panatia Anak Muda
Jingga13 Malaysia

Thursday, 9 July 2015

Kenyataan Media
Jingga13 Malaysia

8 Julai 2015

JINGGA 13 DESAK POLIS SIASAT PENDEDAHAN WSJ BUKAN AMBIL TINDAKAN TERHADAP PEMBERI MAKLUMAT 

Jingga 13 mempersoal kenyataan Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini bahawa polis akan menyiasat WSJ di bawah Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997 kerana mendedahkan maklumat adalah satu tindakan double standard yang bertujuan mengenakan tindakan terhadap pemberi maklumat tetapi tidak serius dalam menyiasat dan mengambil tindakan terhadap skandal yang didedahkan oleh WSJ yang melibatkan 1MDB dan DS Najib Razak. 


Pendedahan yang dibuat oleh WSJ adalah sangat serius dan perlu kepada satu tindakan secara telus dan profesional oleh pihak polis bukannya mengambil tindakan terhadap WSJ atau pemberi maklumat . 

Jingga13 percaya adakah tindakan tersebut adalah satu usaha bertujuan 'menyelamatkan' DS Najib Razak dengan skandal rm2.67 Billion yang telah dipindahkan ke akaun peribadi beliau? Tindakan mengalihkan perhatian rakyat dengan meletakkan kesalahan pada WSJ kerana mendedahkan skandal 1MDB dan DS Najib Razak adalah meletakkan betapa rendah integriti dan kredebiliti Ketua Polis Negara dan Polis Di Raja Malaysia sedangkan sehingga kini tidak ada satu tindakan yang serius diambil.

Jingga13 mendesak agar tindakan menyiasat WSJ di bawah Akta Jenayah Komputer 1997 dihentikan dengan segera dan sekali lagi meminta agar satu Suruhanjaya DiRaja dibentuk secara telus dan profesional dengan segera bagi tujuan menyiasat secara terperinci kes tersebut. 

Jingga13 merasa 'sangsi' terhadap tindakan atau siasatan yang dilakukan oleh Peguam Negara, Bank Negara , SPRM dan PDRM dalam skandal 1MDB dan DS Najib Razak. 

Muafakat*Prihatin*Berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator 
Jingga13 Malaysia