Monday, 24 August 2026


 SALAM MAULIDUR RASUL 🌿


Maulidur Rasul bukan sekadar memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW, tetapi mengingatkan kita kepada nilai dan akhlak yang Baginda tinggalkan untuk seluruh umat manusia.


Baginda mengajar kita erti jujur dan amanah, kasih sayang, keadilan, menghormati sesama manusia serta membantu mereka yang memerlukan.


Lebih 1,400 tahun berlalu, tetapi nilai-nilai ini tetap relevan.


Dalam dunia hari ini, kita memerlukan lebih banyak integriti daripada mereka yang memimpin, kasih sayang sesama manusia, keadilan dalam membuat keputusan dan keberanian mempertahankan kebenaran.


Inilah antara makna Maulidur Rasul yang ingin kita hayati — bukan sekadar mengenang, tetapi meneladani dan mengamalkan.


Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H.

Semoga akhlak Rasulullah SAW terus menjadi pedoman dalam kehidupan kita.


Muafakat • Prihatin • Berani


Mikhael Iskhandaar

Ketua Koordinator

Jingga13 Malaysia



#MaulidurRasul #1448H #Jingga13 #TeladanRasulullah #Rahmah #Integriti #Malaysia #Madani 

Thursday, 20 August 2026

PROGRAM LINDUNGAN 24 JAM – PERKESO SANTUNI KOMUNITI BUKIT CHANDAN

 KENYATAAN MEDIA. 

PROGRAM LINDUNGAN 24 JAM – PERKESO SANTUNI KOMUNITI BUKIT CHANDAN





KUALA KANGSAR, 20 Ogos 2026 — Program Lindungan 24 Jam – PERKESO yang dianjurkan secara bersama oleh Jingga13 Malaysia, PERKESO Kuala Kangsar, Pengurus Warong Port Berangan serta Komuniti Setempat Bukit Chandan telah berlangsung dengan baik dan mendapat sambutan serta respons yang amat positif daripada komuniti Bukit Chandan dan kawasan sekitar Kuala Kangsar.


Program yang berlangsung di Port Berangan, Kampung Changkat Berangan, Bukit Chandan, Kuala Kangsar ini memberi ruang kepada masyarakat untuk mendapatkan penerangan secara terus mengenai perlindungan keselamatan sosial PERKESO.


Sesi taklimat selama hampir dua jam berlangsung dalam suasana santai, mesra dan terbuka, diselang-selikan dengan sesi soal jawab bersama komuniti. Pendekatan sebegini menjadikan penerangan lebih mudah difahami kerana masyarakat dapat mengemukakan persoalan berdasarkan situasi dan keperluan sebenar mereka.

Jingga13 Malaysia melihat pendekatan turun padang dan menyantuni masyarakat seperti ini amat penting.


Masyarakat bukan sahaja memerlukan maklumat, tetapi juga memerlukan ruang untuk bertanya, mendapatkan penjelasan dan berinteraksi secara terus dengan pihak yang menyediakan perkhidmatan.


PERKHIDMATAN AWAM YANG MENYANTUNI RAKYAT

Jingga13 Malaysia ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga PERKESO Kuala Kangsar, khususnya pihak pengurusan dan pegawai yang hadir serta memberikan penerangan dengan penuh mesra, profesional dan prihatin.


Cara pengurusan dan pegawai PERKESO menyantuni komuniti kampung ini merupakan satu contoh yang baik tentang bagaimana penjawat awam dalam semangat Malaysia MADANI boleh bekerjasama dengan masyarakat dan pelbagai pihak untuk menyampaikan perkhidmatan kerajaan secara lebih dekat, mudah difahami dan berkesan.


Bagi Jingga13 Malaysia, kerjasama seperti ini membuktikan bahawa hubungan antara agensi kerajaan, NGO dan komuniti setempat boleh diwujudkan dalam suasana terbuka, mesra dan saling menghormati, dengan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.


SINAMBUNGAN KERJASAMA

Melihat kepada sambutan dan respons positif daripada masyarakat, Jingga13 Malaysia berpandangan bahawa program seperti ini wajar diteruskan dan diperluaskan ke kawasan komuniti lain di Kuala Kangsar.


Jingga13 Malaysia bersedia untuk meneruskan kolaborasi bersama PERKESO bagi menganjurkan sesi penerangan di kawasan-kawasan komuniti yang memerlukan.


Pada masa yang sama, sekiranya terdapat permintaan daripada masyarakat, sesi kedua di Port Berangan juga boleh dipertimbangkan, khususnya bagi memberi peluang kepada mereka yang tidak berkesempatan hadir pada sesi pertama serta menjawab persoalan-persoalan yang mungkin timbul selepas masyarakat mendapat maklumat awal.


Kami percaya pendekatan “turun padang, dengar dan santuni” perlu terus diperkasakan supaya manfaat perlindungan sosial dapat difahami dan dinikmati oleh lebih ramai anggota masyarakat.


Jingga13 Malaysia sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada PERKESO Kuala Kangsar, Pengurus Warong Port Berangan dan seluruh Komuniti Bukit Chandan serta kawasan sekitar Kuala Kangsar atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.



Ini adalah contoh kolaborasi yang kita mahu lihat lebih banyak — kerajaan bersama rakyat, NGO bersama komuniti, demi manfaat masyarakat.

“Berani, Muafakat dan Prihatin”

Mikhael Iskhandaar

Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia.

BORAK UNGGUN API

BORAK UNGGUN API: PLATFORM SANTAI PERTUKARAN IDEA, PANDANGAN DAN IDEOLOGI



PORT BERANGAN, KG CHANGKAT BERANGAN, BUKIT CHANDAN, KUALA KANGSAR - 19 OGOS - 9.00 MALAM

Satu program Borak Unggun Api telah dianjurkan melalui kerjasama strategik antara Jingga 13 selaku penganjur, Port Berangan dan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Sultan Azlan Shah (MPM USAS). Program yang berlangsung di Port Berangan, Kampung Changkat Berangan ini mengetengahkan konsep perkongsian dan perbincangan secara santai dalam suasana yang lebih terbuka dan tidak formal. Berbeza daripada forum atau diskusi yang lazimnya berlangsung dalam suasana rasmi, Borak Unggun Api mengambil pendekatan borak santai sebagai medium untuk peserta bertukar idea, ideologi, pendapat serta pandangan terhadap pelbagai perkara yang dekat dengan kehidupan mahasiswa dan masyarakat. Pendekatan ini memberi ruang kepada peserta untuk menyuarakan pandangan dengan lebih terbuka, di samping mendengar perspektif yang berbeza daripada individu lain.


Konsep ini berteraskan kepercayaan bahawa perkongsian ilmu dan pertukaran pandangan tidak semestinya berlaku dalam ruang yang formal. Sebaliknya, suasana santai yang jauh daripada kesibukan kota mampu mewujudkan ruang komunikasi yang lebih natural, mesra dan terbuka. Dengan ditemani suasana malam dan unggun api, peserta dapat berinteraksi tanpa terlalu terikat dengan struktur perbincangan formal.

Program ini juga menjadi satu platform untuk membudayakan dialog, keterbukaan pemikiran dan penghormatan terhadap perbezaan pandangan dalam kalangan mahasiswa. Pertukaran ideologi dan pendapat dilihat sebagai satu proses penting dalam membentuk mahasiswa yang mampu berfikir secara kritis, memahami perspektif berbeza serta berani mengemukakan pandangan dengan matang dan berhemah. Akhir kata, Borak Unggun Api bukan sekadar sebuah pertemuan di sekeliling unggun api, tetapi tentang ukhuwah dan sebuah ruang untuk idea, pandangan dan pemikiran dikembangkan.



ALIF HAKIMI BIN HUSSIN.

TIMBALAN YANG DIPERTUA MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA USAS

Sunday, 24 May 2026

 MEMORANDUM BANTAH PENGHINAAN TERHADAP PARA SAHABAT RASULULLAH SAW

16 Mei 2026 (Sabtu)

Perkarangan Pintu Utama SUK Selangor 






Dukacita Gugur Seorang Sahabat, Hidup Semangat Perjuangan.

 


Langit mendung, sinar pelangi mengiringimu sahabat pada 17 Disember 2026.





Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa'fu 'anhu.




Monday, 11 May 2026

Makluman & Mohon Doa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Dimaklumkan bahawa rakan seperjuangan kita, OrenReformis kemalangan jalanraya minggu lepas, kini masih menerima rawatan di ICU, Hospital Kajang (Katil 2).

Marilah kita sama-sama mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan segera dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT 

Maklumat Pesakit:

Mohd Rudey bin Abdul Rahman- 0102406846

Pertanyaan:

Mikhael Iskhandaar- 0129155336

Waktu Melawat: 12.30 tengah hari – 2.00 petang  4.30 petang – 7.00 malam (Wajib memakai mask)

Boleh menghulurkan bantuan terus kepada Isteri beliau :

Nama: Norazila Sanef CIMB: 7634408446

Semoga setiap doa dan sumbangan kita menjadi asbab kebaikan dan ganjaran pahala buat semua. Aamiin Yaa Kariim 

Tuesday, 17 March 2026

Kongsi Rezeki Ramadhan -1447H

 27 Ramadhan 1447H / 17 MAC 2026.

Alhamdulillahirobbil ‘Aalamiin, dapat menyerahkan sedikit bantuan kewangan dan berkongsi rezeki bersama anak-anak yatim melalui Pengurus Rumah Anak Yatim Ulin Nuha. 
Mereka mengucapkn ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada  penyumbang hari ini. Semoga penyumbang & keluarga sentiasa dirahmati, dib'erkati, di lindungi, di berikan kesihatan yang baik dijauhi segala penyakit, diluaskan rezeki yang melimpah ruah seperti air zam² yang mengalir, di hapuskan segala dosa  di tambah hidup yang berkah di permudah  segala urusan di Dunia &  di Akhirat, semoga Allah SWT meemberi ganjaran kepada Penyumbang  dengan pahala redha & syurganya. 
Aamiin Ya Rabbal Allamin.
#jingga13malaysia
#infaqselasa27ramadhan
#AnakyatimUlinnuha
#pnInaulinnuha0167342390

 

PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM ULIN NUHA. 
Lot 6698C, Lorong Rajion, Jalan Kebun, Kampung Baru Ac, 42450 Klang, Selangor. 
Tel: 0167342390

Thursday, 29 January 2026

Laporan Program Rukun Negara Bandar Tun Razak Julai - Disember 2025

Rukun Negara adalah dasar negara Malaysia yang menjadi panduan dalam membina keharmonian, kestabilan, dan kemakmuran negara. Rukun Negara terdiri daripada lima prinsip utama yang menekankan nilai-nilai mulia dan keperluan untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama. Kempen Rukun Negara bertujuan untuk mengingatkan rakyat Malaysia tentang kepentingan prinsip-prinsip ini serta memperkukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.



MATLAMAT

·      Meningkatkan kesedaran tentang Rukun Negara dalam kalangan rakyat Malaysia.

·      Memupuk kefahaman dan tindakan mematuhi semangat Rukun Negara.

·      Memperkenalkan kerangka Malaysia MADANI serta dasar Kerajaan Perpaduan.

·      Menjaga nama baik Malaysia dan mempertahankan pembentukan Malaysia.

·      Meningkatkan kesedaran warga Bandar Tun Razak tentang konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan negara dan perjuangan pelbagai pihak yang berusaha meraih kemerdekaan.

·      Menggalakkan penerapan nilai-nilai Rukun Negara dalam kehidupan seharian.

·      Mempereratkan hubungan antara rakyat pelbagai kaum, agama, dan latar belakang.

·      Memperkenalkan Rukun Negara kepada golongan muda yang mungkin kurang pendedahan mengenainya.

·      Mengukuhkan semangat patriotisme dan rasa cinta kepada negara.

·      Dapat mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat, saling bekerjasama dan berdisiplin serta menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap arahan yang diberi.

·      Cakna sejarah dan tidak terperangkap dengan sentimen kaum.

Memupuk perpaduan serta bersama membangun negara bergerak ke hadapan.






Saturday, 24 January 2026

Salam Takziah


23 Januari 2026.

Ucapan Takziah

Al-Fatihah

Ucapan takziah Dari keluarga besar Jingga13 Malaysia buat seluruh ahli keluarga Almarhum Arman Abdol Kornain.

Beliau merupakan salah seorang Komrad Jingga13 Banting yang telah banyak menyumbangkan tenaga dan jiwa raga dalam aktiviti kebajikan bersama NGO Jingga13.

Khususnya ketika misi bantuan banjir besar di Kelantan tahun 2014, Almarhum telah turun ke lapangan dengan penuh dedikasi untuk membantu masyarakat yang ditimpa musibah.

Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, ditempatkan bersama orang-orang yang beriman, dan diberikan ketenangan di alam barzakh.

Aamiin Ya Rabbal Allamin 






Sunday, 19 October 2025

PERKUKUH PERANAN GURU KAUNSELING

KENYATAAN MEDIA

JINGGA13 MALAYSIA

TARIKH: 19 Oktober 2025


PERKUKUH PERANAN GURU KAUNSELING DAN KERJASAMA ANTARA AGENSI DAN IBU-BAPA UNTUK BENDUNG ISU SOSIAL DAN KESELAMATAN PELAJAR.



Jingga13 Malaysia memandang serius terhadap insiden-insiden mutakhir yang melibatkan pelajar sekolah seperti kes buli, rogol sesama pelajar, samaada suka sama suka atau tidak, cubaan bunuh diri, serta kejadian tragis membabitkan pelajar membunuh rakan sendiri. Fenomena ini jelas menunjukkan wujudnya tekanan emosi dan ketidakstabilan psikososial di peringkat sekolah yang tidak boleh dipandang ringan.


Sehubungan itu, Jingga13 Malaysia menggesa agar jabatan kaunseling di semua sekolah diberi mandat dan sokongan penuh untuk bekerjasama secara langsung dengan agensi-agensi luar, termasuk:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membantu pelajar yang menunjukkan tanda-tanda masalah kesihatan mental atau psikologi.


Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menangani kes disiplin berat, buli, serta ancaman keselamatan terhadap pelajar dan guru.

Kerjasama bersepadu ini penting bukan sahaja untuk menyelesaikan kes yang telah berlaku, tetapi juga bagi mengenal pasti dan mencegah potensi masalah sebelum menjadi tragedi.


Langkah pencegahan awal boleh membantu mengelakkan insiden tidak diingini seperti kejadian tembak-menembak, tikaman atau kekerasan ekstrem yang kini semakin membimbangkan di beberapa negara maju, dan mula menunjukkan tanda-tanda penularan di negara kita.


Jingga13 Malaysia berpandangan bahawa keselamatan dan kesejahteraan pelajar harus menjadi keutamaan utama semua pihak. Guru kaunseling, pihak sekolah, ibu bapa dan agensi berkaitan mesti berfungsi sebagai satu ekosistem pencegahan dan intervensi yang menyeluruh.


Kami juga menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agar menilai semula keberkesanan program kaunseling sedia ada di sekolah serta menyediakan latihan tambahan kepada guru-guru dalam mengenal pasti simptom awal tekanan mental, kecenderungan agresif, atau gangguan emosi di kalangan pelajar.


Jingga13 Malaysia komited untuk terus bersuara dan mendesak semua pihak bertindak lebih proaktif dalam melindungi masa depan anak-anak bangsa daripada terjebak dalam kitaran keganasan dan masalah sosial.


Dalam masa yang sama, ibu bapa turut memikul tanggungjawab besar dalam mendidik anak-anak dengan asas disiplin di rumah. Jangan terlalu memanjakan anak dengan hiburan yang melampau atau penggunaan gajet tanpa kawalan.


Ibu bapa perlu memantau masa penggunaan telefon pintar, menyemak jenis permainan (game) yang dimainkan, serta meneliti drama atau filem yang ditonton oleh anak-anak. Malah, amat digalakkan agar ibu bapa menyekat laman carian dan menapis kandungan tidak sesuai, kerana anak-anak masa kini semakin bijak menggunakan mod rahsia (incognito) atau memadam sejarah tontonan mereka.


Realitinya, anak-anak zaman sekarang “terlebih bijak pandai” dalam mencari apa yang mereka mahu, justeru peranan ibu bapa sebagai pengawal dan pendidik pertama perlu diperhebat seiring dengan pengawasan pihak sekolah.


Keselamatan dan kesejahteraan pelajar adalah tanggungjawab bersama, antara guru, ibu bapa, dan agensi kerajaan. Jika kita gagal bertindak sekarang, kita bakal berdepan gelombang baharu masalah sosial yang lebih serius pada masa depan.

Sdr Nour Islam Niamat

Koordinator Panatia Tugas-Tugas Khas 

Jingga13 Malaysia.

Saturday, 27 September 2025

Menepati janji memastikan subsidi dinikmati rakyat Malaysia

 KENYATAAN MEDIA JINGGA13 MALAYSIA


Jingga13 Malaysia menyambut baik langkah Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim berhubung penyasaran subsidi petrol RON95 sebagai usaha menepati janji memastikan subsidi dinikmati rakyat Malaysia serta mengekang ketirisan.

Namun, kami menegaskan dasar ini mesti dilaksanakan dengan penuh teliti dan berperikemanusiaan agar tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat, khususnya golongan B40, pekerja gig, petani, dan nelayan yang amat bergantung kepada bahan api.

Kami berpandangan:

✅ Penjimatan subsidi perlu digunakan untuk menyokong kos sara hidup rakyat, termasuk tambang awam dan kestabilan harga barang asas.

✅ Infrastruktur sokongan seperti sistem MyKad, pembaca kad, dan aplikasi digital mesti berfungsi sepenuhnya sebelum tarikh kuat kuasa.

✅ Tempoh percubaan lebih panjang wajar diberi, terutama di kawasan luar bandar yang berisiko menghadapi masalah capaian teknologi.

✅ Kerajaan perlu jelas mengenai mekanisme agar pekerja migran sah tidak terbeban, sekali gus mengelak kesan buruk kepada sektor ekonomi tertentu.

✅ Reformasi subsidi mesti lebih menyeluruh, bukan hanya petrol, tetapi juga tol, beras, gula, elektrik dan minyak masak melalui model subsidi pintar (smart subsidies).

Bagi kami, subsidi bahan api adalah hak rakyat yang wajib dilindungi. Pelaksanaan yang adil, telus, dan berpihak kepada rakyat akan memperkukuh iltizam Kerajaan Madani untuk memartabatkan Malaysia sebagai negara sejahtera, bermaruah, dan menjadi contoh kepada dunia.


Sdr Nour Islam Niamat

Koordinator Panatia Tugas-Tugas Khas 

Jingga13 Malaysia

Thursday, 26 June 2025

"Hijrah Menuju Masyarakat Madani – Adil, Progresif, dan Berjiwa Rakyat."

 Ucapan Maal Hijrah 1447H / 2025M


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam sejahtera dan salam perjuangan buat seluruh saudara seislam yang dikasihi,


Dengan penuh kesyukuran, kita menyambut kedatangan 1 Muharram 1447 Hijrah, menandakan lembaran baru dalam kalendar umat Islam. Maal Hijrah bukan sekadar peralihan angka, tetapi suatu peringatan tentang perjuangan, pengorbanan, serta transformasi rohani dan sosial yang pernah dilalui oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.


Sebagai Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia, saya menyeru kepada seluruh umat Islam, khususnya anak muda dan aktivis rakyat, agar menjadikan semangat hijrah sebagai inspirasi untuk terus memperjuangkan keadilan, kebenaran, dan kemanusiaan. Hijrah adalah simbol kekuatan perubahan – dari gelap kepada terang, dari lemah kepada berani, dari individualisme kepada solidariti.


Marilah kita bersama-sama menanam tekad untuk berhijrah ke arah kehidupan yang lebih bermaruah, adil dan sejahtera. Semoga tahun ini menjadi pemula kepada gerakan yang lebih progresif, berpaksikan nilai-nilai Islam yang syumul serta memperkukuh ukhuwah dan perpaduan umat.



"Hijrah Menuju Masyarakat Madani – Adil, Progresif, dan Berjiwa Rakyat."





Salam Maal Hijrah 1447H daripada saya,

Mikhael Iskhandaar

Ketua Koordinator

Jingga 13 Malaysia

Wednesday, 7 May 2025

Gerakan Muafakat Negeri Terengganu

 Kunjungan Mesra Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia, Saudara Mikhael



Pada malam tadi telah berlangsung Program Kunjungan Mesra Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia, Saudara Mikhael, di Negeri Terengganu yang bertempat di AMZ Seafood, Durian Burung. Kehadiran beliau telah disambut mesra oleh komrad-komrad Jingga13 Negeri Terengganu. Insha-Allah, pelbagai program sedang dirancang untuk dilaksanakan sepanjang tahun ini demi mengaktifkan semula gerak kerja kami.

Saudara Sharul Nizam

Koordinator Negeri Terengganu

Saturday, 3 May 2025

HUMAN RIGHTS ACTIVISTS UNDER ATTACK

3 May 2025

Mikhael Iskhandaar

Jingga13 Malaysia

Email: Admin@jingga13global.com



H.E. PAUL V. GALEA
HONORARY CONSUL FOR MALTA, KUALA LUMPUR
55-1ST FLOOR, SECURIFORCE OFFICE SUITE, KOMPLEKS UDARAMA
Jalan 2/64A, Off Jalan Ipoh, 
50350 Kuala Lumpur, Malaysia.

To:
H.E. MYRIAM SPITERI DEBONO
President of the Republic of Malta
Office of the President
The Palace, Valletta VLT 1115, Malta.

URGENT: APPEAL TO RESCUE HUMAN RIGHTS ACTIVISTS OF FREEDOM FLOTILLA
UNDER ATTACK NEAR MALTA

Your Excellency
I hope this letter finds you well. I am writing to urgently bring to
your attention a grave humanitarian crisis unfolding in international waters.

It has come to my understanding that a boat of the Freedom Flotilla, The Conscience, a civilian
vessel carrying 30 international human rights activists and humanitarian aid workers, has been struck twice in a drone attack, severely damaging its generator and placing the ship at imminent risk of sinking. The individuals on board are engaged in a peaceful mission to deliver life-saving
aid to Gaza and challenge the ongoing blockade.

As of this moment, The Conscience is attempting to enter Maltese waters to seek safety and
assistance. However, it is being stopped by the Maltese Coast Guard. There is now an urgent
risk of a new attack against the boat.
We urgently call upon the Maltese Government to:

1. Provide a SAFE and UNHINDERED PASSAGE for The Conscience either into or out of Maltese territorial waters.

2. GUARANTEE A SAFE and UNHINDERED PASSAGE for the Freedom Flotilla
delegations currently in Malta to access the boat and provide all necessary assistance to this humanitarian mission.
Under international maritime law, particularly the United Nations Convention on the Law of the Sea (UNCLOS), there is a clear obligation to assist vessels in distress, especially civilian ones engaged in humanitarian efforts. Given Malta’s proximity and responsibilities as a maritime state, I respectfully urge your government to immediately respond to this SOS distress call and take all necessary measures to ensure the safety and rescue of those on board.

The current lack of intervention is deeply concerning, and I appeal to your government’s
commitment to human rights, maritime safety, and international law to act swiftly in this critical situation. The lives of civilians engaged in peaceful humanitarian work must be protected without delay.

Please also consider this a call for all embassies and missions to contact the Embassy of Malta in their country and put pressure on Malta to allow the boat to pass through and receive urgent aid and protection.

I kindly request your prompt attention to this matter and would appreciate any updates regarding the actions being taken.

Please accept my sincere gratitude for your time and consideration.

With utmost respect.

Mikhael Iskhandaar
Chief Coordinator Jingga13 Malaysia


https://www.cnn.com/2025/05/02/europe/gaza-flotilla-ship-sos-intl-hkn


https://www.aljazeera.com/news/2025/5/2/drones-hit-freedom-flotilla-ship-carrying-aid-to-gaza

https://youtube.com/shorts/zHkqIAkUMhE?si=2eMqnR30xHpwJlvd

https://youtu.be/vHotRDIwWws?si=j_ADfeJwzMX9xExw

Monday, 31 March 2025

Ucapan Hari Raya Aidilfitri 2025

 Selamat Hari Raya Aidilfitri 2025


Taqabbalallahu minna wa minkum. 

Semoga Aidilfitri ini membawa keberkatan, keampunan, dan rahmat daripada Allah SWT kepada kita semua. Marilah kita mensucikan hati, memperbanyakkan amal ibadah, dan terus hidup bertauhid kepada Allah SWT dengan menuruti segala perintah-Nya.


Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 2:

"Itulah Kitab (Al-Quran) yang tidak ada keraguan padanya; menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa." (Al-Baqarah: 2)


Surah Al-Ĥujurāt, ayat13: 

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).


Semoga kita sentiasa berada di jalan yang diredhai-Nya. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin!


Jingga13 Malaysia

Muafakat, Berani & Prihatin. 

Mikhael Iskhandaar 

Sunday, 19 January 2025

Jom derma




 Assalamualaikum,

Mohon bantuan kewangan untuk saya membaiki bumbung rumah kecil saya yang telah dilanda bencana ribut pada 13hb Januari 2025 baru-baru ini di Pekan, Pahang. Untuk makluman, saya bekerja kampung dengan pendapatan yang hanya cukup untuk menampung keperluan harian keluarga.

Saya tidak mempunyai lebihan kewangan untuk menampung kos membaiki kerosakan akibat bencana alam ini. Oleh itu, saya dengan rendah hati memohon bantuan daripada pihak yang sudi membantu, walaupun sedikit, bagi membolehkan saya memperbaiki bumbung rumah ini demi keselamatan dan keselesaan keluarga.

Segala jasa baik dan keprihatinan anda amatlah saya hargai. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan yang dihulurkan. Terima kasih.

Wassalam.


156235048954

MAYBANK

NORHAZRUL KAMAR

Telefon: +60199872661

Wednesday, 1 January 2025

Rukun Negara


Jingga 13 mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan dalam penghasilan video klip Rukun Negara ini. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dr Zaliha binti Mustafa, pasukan produksi serta orang awam yang terlibat. Semoga video ini dapat menginspirasikan kita semua untuk mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara demi keharmonian bersama.

#Wilayah Persekutuan Labuan

#MalaysiaMADANI

#Jingga13Malaysia

Monday, 30 December 2024

Unsung Malaysian Hero


Fariz Musa, born on March 1, 1970, in Kemaman, Terengganu, Malaysia, was a prominent Malaysian politician and social activist known for his dedication to reformist and justice-driven causes. His involvement in politics was deeply rooted in his passion for advocating for equality, fairness, and systemic change in Malaysia's political landscape.







Early Life and Education


Fariz Musa grew up in Kemaman, Terengganu, and was actively involved in community activities from a young age. He was well-educated and developed a strong sense of social justice, which later shaped his political journey. While details about his early education are not widely publicized, it was evident from his political career that he possessed sharp organizational and leadership skills.


Political Career


Fariz's political career was most closely associated with Parti Keadilan Rakyat (PKR), a major opposition party in Malaysia. Within PKR, he rose to prominence as a dynamic leader. He served as:



Deputy Chief of Angkatan Muda Keadilan (AMK): The youth wing of PKR, where he inspired many young Malaysians to actively participate in politics.


Terengganu State Chief of AMK: Leading PKR's youth division in his home state, he focused on grassroots movements to address the concerns of rural Malaysians.




Additionally, Fariz Musa was the Coordinator of Jingga 13, a reformist movement that sought to address issues of corruption, abuse of power, and governance in Malaysia. This platform allowed him to engage with civil society groups and bolster his image as a voice of the marginalized.


Electoral Contests



Fariz Musa contested several parliamentary seats during Malaysia's general elections:


1. 2008 General Election (Kemaman Parliamentary Seat): Fariz ran in his home constituency but was defeated by UMNO’s Ahmad Shabery Cheek.



2. 2013 General Election (Pekan Parliamentary Seat): PKR leader Anwar Ibrahim nominated Fariz to challenge the then-Prime Minister Najib Razak in Pekan, Pahang. However, he was unsuccessful, securing 15,665 votes to Najib's 51,278. Despite losing, his campaign symbolized the opposition's bold stance against political elites.


Though he did not win in these elections, Fariz earned respect for his courage and determination to challenge high-profile political figures.


Advocacy and Activism



Fariz Musa was a passionate advocate for social justice. Through Jingga 13, he championed causes such as:


Combatting corruption in government institutions.


Promoting electoral transparency and integrity.


Empowering marginalized communities, especially the rural poor.



He often participated in public rallies, forums, and campaigns, making him a prominent figure in Malaysia's reformist movements.


Personal Life


Fariz Musa was married and had children. He balanced his political responsibilities with a strong commitment to his family, who stood by him throughout his journey.


Passing and Legacy


Fariz Musa passed away on December 27, 2021, at the age of 51. He succumbed to complications related to COVID-19 and other health conditions. His death was mourned by political colleagues, civil society members, and the public who recognized his dedication to a better Malaysia.


Fariz Musa's legacy lives on as a symbol of courage, reform, and hope for a just and equitable society. His contributions to Malaysian politics and activism continue to inspire a new generation of reformists.


We continue his legacy.... Inn Sha Allah. 

Mikhael Iskhandaar 

Ketua Koordonator Jingga13 Malaysia. 

Al Fatihah. 





Friday, 29 November 2024

Lagu Malaysia MADANI




"Malaysia Madani" Audio Production Team: Composer : Sam Lirik : Sam & Pidaus Producer : Bunkface Arranger : Bunkface , Epul Kuat Recording Engineer : Epul Kuat Mixing Engineer : Epul Kuat Mastering : Nico Essig Marketing & Promotion : Mejor Management PLT & Innova Synergy Management : Mejor Management PLT Digital Distribution : Believe Digital Recorded at : BF Rock Station Lyrics : Peradaban kita bangunkan Bina kota bina insan Dari budi jadi budaya Bina asas kemampanan Kesejahteraan masa depan C/O Ayuh seluruh anak pertiwi Bangunkan Malaysia Madani Sepenuh hati jiwa semangat Terus meyakini Malaysia Madani Ayuh seluruh anak pertiwi Semarakkan Malaysia Madani Sepenuh hati jiwa semangat Terus Kekal meyakini Malavsia Madani Keyakinan jadi ikutan Pendirian jiwa ihsan Nilai hormat teras di minda Daya cipta luar biasa Kesejahteraan masa depan C/O Malaysia! Madani! Bersatu Untuk Negara Kita

Aspirasi Rukun Negara


   Saudara Mikhael Iskhandaar