Kenyataan Media JINGGA 13 Malaysia
19 Ogos 2024
KEBIADAPAN MUHYIDDIN YASSIN WAJIB DIHUKUM
Tersebar di media sosial yang menunjukkan Muhyiddin seolah-olah mempersoalkan keputusan Agong sebelum ini untuk melantik Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri selepas PRU ke-15. JINGGA 13 Malaysia percaya bahawa ucapan Muhyiddin secara sengaja mencetuskan suasana tidak harmoni dengan menyentuh isu 3R merujuk raja, agama dan kaum di pentas politik Perikatan Nasional. Ucapan beliau jelas dan secara terang terangan mengandungi unsur penghinaan terhadap institusi diraja dalam sesi ceramah kempen pilihan raya kecil (PRK) di Nenggiri, Kelantan tempoh hari.
JINGGA 13 beranggapan bahawa kenyataan Muhyiddin adalah BIADAP, berbaur hasutan dan penghinaan kepada institusi diraja lebih-lebih lagi penghinaan terhadap Al-Sultan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.
Kenyataan Muhyiddin yang berunsur fitnah menunjukkan betapa seriusnya ancaman yang ditimbulkan. Penangkapan dan tindakan undang undang adalah langkah yang wajar untuk memastikan keamanan dan kestabilan negara dapat dikekalkan
JINGGA 13 mendesak pihak PDRM mengambil tindakan yang tegas tanpa kompromi kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang secara sengaja menyentuh sentimen 3R, memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif dan bermotif hasutan secara terbuka.
TANGKAP DAN DAKWA MUHYIDDIN YASSIN
MOHD RUDEY ABDUL RAHMAN
Ketua Koordinator Penerangan & Komunikasi
JINGGA13 Malaysia