Alhamdulillah, hari ini selesai sudah program penyerahan peralatan bantuan untuk misi menyelamat mangsa banjir bagi kawasan Kuantan, Pahang.
Bantuan merupakan sebuah bot berserta enjin dan juga 10 helai life jacket dan lain lain peralatan. Semua peralatan ini telah diserahkan kepada Komrad Syahril ,Koordinator Pahang sebagai amanah daripada Pengurusi Yayasan Aman, Dato' Seri Dr Wan Azizah Binti Dato' Wan Ismail sambil disaksikan oleh YB Tuan Sim Chon Siang yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang bagi DUN Teruntum serta sebahagian Team Jingga 13 Malaysia.
Jingga13 Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih dan sekalung budi kepada Yayasan Aman yang turut prihatin terhadap nasib mangsa banjir.