Tahun 2022 bukan sahaja memperlihatkan kita dengan keadaan pendemik yang sudah menjalar didalam komuniti masyarakat malah banyak pihak yang terlepas pandang mengenai hak kesihatan yang patut diberikan kepada setiap insan, mungkin tumpuan diberikan kepada masalah pendemik ini tetapi ramai yang lupa bahawa banyak lagi insan diluar sana yang masih tidak mendapat akses kepada kepada kesihatan ini sendiri.
Dengan itu, Jingga 13 Sabah , bersama Belia Bawah Bayu, Undi Sabah , Sekolah ALTENATIF , AhLim Cincau Cafe , BORNEO KOMRAD dan mahasiswaUMS telah bersama berganding bahu dalam menjayakan program kesedaran kesihatan kepada penduduk Teluk Layang.
Pada program 8 Januari tersebut, Sukarelawan kesihatan ini telah melakukan pemeriksaan asas kesihatan kepada hampir 40-50 orang penduduk Kg. teluk layang yang serba kekurangan daripada akses kesihatan.
Kami melihat bahawa isu kesihatan ini haruslah dipandang serius kerana tanpa kesihatan yang baik susahlah seseorang insan itu untuk meneruskan kehidupan dengan selesa.
Kami berharap agar program ini membuka mata ramai pihak mengenai isu ini dan berharap agar program ini diteruskan.
Muafakat Prihatin Berani
Mohd Syahrul Shaffiq Bin Mohd Hanip
KOORDINATOR JINGGAWAN JINGGA 13 SABAH