Kenyataan Media
Jingga13 Pahang
23 November 2021
DAP PUSAT WAJIB AMBIL TINDAKAN TEGAS TERHADAP ADUN DAP BILUT ATAS KECELUPARANNYA!
Adun DAP Bilut harus sedar bahawa selama ini sekiranya PH kalah adalah kerana DAPPHOBIA dikalangan orang Melayu yang ditiupkan sentimen tersebut oleh UMNOBN dan sekarang ditambah pula Perikatan Nasional ( PPBM dan PAS ) yang sememangnya Anti DAP, mereka membakar hati orang Melayu dengan label anti Islam, anti melayu, komunis, anti hudud, rasis dan sebagainya. Malah Keadilan atau Amanah dituduh sebagai 'kuda tungganan DAP'. Sedarlah Adun Bilut bahawa orang Melayu tidak undi PH kerana DAP bukan kerana Anwar Ibrahim!
Walaupun melayu UMNOBN atau PN terpalit dengan isu rasuah, penyelewengan dan skandal yang menjijikkan, namun orang melayu lebih sanggup memilih perasuah, penyangak dan penyamun asalkan jangan PH yang bersekongkol dengan DAP! Propaganda kalau undi PH , 'cina akan berkuasa' , 'cina akan jadi Perdana Menteri' atau Ketua Menteri' dan macam-macam fitnah lagi dipercayai kerana orang Melayu telah dibuta dan dimomokkan sudah sekian lama terutama Melayu kampung.
Inilah senjata ampuh yang digunakan oleh UMNOBN dan PN yang gagal ditangkis oleh DAP dan tidak membantu menafikan tohmahan dan fitnah yang sengaja dicipta agar orang Melayu menjauhi PH terutama apabila calon Keadilan dan parti Amanah yang bertanding atas tiket PH. di kawasan majoriti Melayu
Sejauh manakah ADUN DAP Bilut telah mengambil inisiatif agar orang Melayu mampu menolak propaganda yang dimainkan oleh UMNOBN dan PN yang mendakwa mereka adalah parti Melayu Islam?
Fenomena DAPPhobia dikalangan orang Melayu yang ditanam sejak peristiwa 13 Mei 1969 oleh UMNO sehingga sekarang yang telah menyebabkan ada dikalangan orang Melayu menolak PH di PRN Melaka tetapi ADUN DAP Bilut berniat jahat menundingkan jari kepada DS Anwar Ibrahim.
Adun DAP Bilut seharusnya sedar bahawa DAP yang menjadi liabiliti kepada PH. DAP sewajarnya berusaha menghapuskan persepsi negatif yang dimainkan oleh UMNOBN dan PN ini. Setiap kali PRU atau PRN isu ini akan terus diputarkan dan dinainkan kembali cerita yang sama membakar hati orang Melayu .
Ada dikalangan pimpinan DAP sengaja meniupkan sentimen perkauman sehingga menjadi bahan dan bukti sikap anti melayu dan anti Islam. Pimpinan DAP Pusat wajar berhati-hati, mendidik dan mendisiplinkan kepimpinan mereka daripada mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman.
Jingga13 Pahang menggesa agar satu tindakan tegas harus diambil terhadap ADUN DAP Bilut tersebut yang dilihat tidak menghiraukan notis 24jam dari Keadilan serta enggan tarik balik kenyataan beliau. Tindakan ini adalah bagi menjernihkan semula hubungan dalam Pakatan Harapan Negeri Pahang dan Pusat yang agak tegang disebabkan isu ini!
Nasihat Jingga13 Pahang kepada ADUN DAP Bilut, jangan sibuk hendak menuding jari kepada orang lain, sedarlah satu jari kamu tunding kepada orang lain, ada tiga jari kepada kamu. Kejayaan dan kekalahan PH harus dikaji dan diperbaiki. Bukannya sibuk mencari salah orang lain. PH bukan individu tetapi secara muafakat dan kolektif semua kepimpinan PH .
Muafakat*Prihatin*Berani
AHMAD SHAHRIL BIN ISMAIL
Koordinator
Jingga13 Pahang