Keprihatinan tanpa sempadan...kepedulian sesama insan
Setelah berusaha membuat permohonan kepada pihak Yayasan Aman oleh Jingga13 Pahang bagi membantu anak-anak yatim yang kematian bapa kerana Covid19 .
Hari ni (6 Oktober 2021) Jingga13 Pahang diwakili Koordinatornya Komrad Ahmad Sharil Ismail telah mewakili DS Dr Wan Azizah Wan Ismail , Pengerusi Yayasan Aman menyampaikan sumbangan berbentuk cek kepada Puan Zaidatul Akma Ishak yang kehilangan suaminya pada bulan Ogos baru-baru ini kerana covid 19. Arwah suami beliau telah meninggalkan 2 orang anak yang masih kecil . Apa yang berlaku amat terkesan kepada mereka sekeluarga sejak pemergian arwah suami / bapa .
Di kesempatan ini juga kami menyampaikan salam takziah dari Pengerusi Yayasan Aman Datin Seri Dr Wan Azizah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga selaku Penaung Jingga 13 Malaysia
DS Wan Azizah Wan Ismail , sentiasa prihatin dan bersimpati terhadap nasib yang menimpa rakyat terutama anak-anak yang kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya disebabkan pendemik Covid 19 . Sumbangan tersebut adalah inisiatif DS Wan Azizah agar anak-anak yatim tersebut terbela terutama kebajikan mereka .
Moga sumbangan ini daat sedikit meringankan bebanan mereka .
#kitajagakita
#jingga13pahang
#jingga13Malaysia