Jngga13 Malaysia mengumumkan perlantikan Komrad Mohd Zaidi bin Hj Othman sebagai koordinator baru Jingga13 Kedah berkuatkuasa hari ini . Beliau mengantikan Komrad Hamizan yang tidak dapat memberikan komitmen kerana faktor pekerjaan beliau yang pulang lewat petang membataskan pergerakan beliau .
Komrad Zaidi sebenarnya tidak asing kepada Jingga13 kerana beliau pernah menjadi Koordinator Jingga13 Kedah pada tahun 2013 . Komrad Zaidi yang pernah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian daripada DYMM Sultan Kedah
Berikut adalah biodata Komrad Zaidi :
Nama: Mohd Zaidi Bin Hj Othman,PJK.
Asal:Sungai Petani Kedah
Umur: 48 tahun
Status : Berkahwin
Bil. Anak : 5 orang
Pengalam kepimpinan :
1-AJK Cabang Sg.Petani
2-AJK AMK Bahagian/ Cabang.Timbalan AMK Cabang Sg. Petani.
3-Ketua Penerangan AMK dan Exco AMK Negeri Kedah.
4-Ketua Pengarah PRU Dun Sidam
5-Ejen Pilihanraya P15 (Wakil Calon)
6-Pengarah Pemilihan Parti Cabang Sg.Petani(Dato Johari Abdul)
7- AJK PR Cabang
Lantikan Politik Pernah Di Amanah :
1- Ahli Majlis MPSPK
2- Penyelaras KPDNHEP Parlimen Sg. Petani
3- Pengurus Politik YB Ahli Parlimen Sungai Petani Dato Johari Abdul
Dengan pengalaman Komrad Zaidi diharap dapat memimpin dan mengajtifkan Jingga13 Kedah terutama dalam membantu golongan fakir miskin , asnaf dan mereka yang berada dalam kesusahan serta prihatin terhadap isu rakyat di negeri Kedah Darul Aman .