Thursday 12 August 2021

JINGGA13 MALAYSIA BERSAMA GBMRM SERAH MEMORANDUM KEPADA KDYMM YDP AGONG RAYU DIADAKAN SIDANG PARLIMEN SEGERA

Jingga13 Malaysia turut bersama dalam Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia ( GBMRM ) hadir ke Istana Negara bagai menyampaikan memorandum ke KDYMM Yang DiPertuan Agong agar sidang patlimen diadakan dengan segera jika tidak akan mengibarkan bendera putih . 


Komrad Afzainizam Abdul Rahman,  Setiausaha Agung hadir bagi mewakili Jingga13 Malaysia. Koordinator GBMRM Sdr Mustaffa Mansur mengetuai penyrrahan memorandum tersebut.  Turut hadir ialah Dr Mai , Sdr Iswardy Morni dan beberapa rakan NGO yang lain.









Laporan penuh :

Buat sidang Parlimen atau rakyat kibar bendera putih – GBMRM


By
 Kumara Sabapatty
 11 August 2021

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perikatan Nasional (PN)  didesak supaya segera ‘membuka’ Dewan Rakyat bagi memberi ruang kepada 222 ahli Parlimen bersidang.

Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBMRM) hari ini telah memberikan masa sehingga 13 Ogos ini kepada kerajaan untuk berbuat demikian, kata kordinatornya, Mustafa Mansor.

“Kami hari ini hadir di hadapan Istana Negara untuk mempersembahkan memorandum yang mengandungi tiga tuntutan rakyat untuk perhatian dan tindakan Yang di-Pertuan Agong (YDPA),  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Pertama kita memberi tempoh sehingga Jumaat ini untuk kerajaan PN mengadakan sidang Parlimen serta-merta.

“Kalau sehingga 13 Ogos ini (PN) tidak membuka Parlimen, maka kita akan minta rakyat di seluruh negara untuk mengangkat bendera putih dan hitam sebagai tanda protes bermula 14 Ogos ini (Sabtu),” katanya di hadapan Pintu 3, Istana Negara hari ini.

Tambah Mustafa, bendera putih bermakna pihaknya ingin negara yang bersih dan memerlukan sokongan pihak istana, YDPA dan Raja-Raja Melayu agar campur tangan segera terhadap apa yang sedang berlaku.

Malah katanya, bendera berwarna hitam pula bermakna gerakan melawan dengan mereka yang merampas kuasa rakyat.

“Kita lawan kepada mereka yang mengkhianat kepada mandat rakyat dan kita melawan mereka yang tidak mahu membela nasib rakyat.

“Sekiranya mereka (PN) tidak mahu membuka Parlimen sehingga Jumaat ini, kita akan memulakan protes bukan hanya secara fizikal juga menaik motosikal, basikal dan kereta dengan membawa bendera putih dan hitam bersama,” katanya.

Tuntutan kedua mereka pula berkenaan keabsahan jawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sudah dilihat hilang majoriti.

“Mana-mana kerajaan yang hilang sokongan majoriti mestilah mengundurkan diri secara terhormat,” ujarnya.

Tegas Mustafa, mereka seharusnya menghormati demokrasi berparlimen dan sistem Raja Berperlembagaan sambil menegaskan fungsi Raja-Raja Melayu hanya menjadi istilah semakin terhakis gara-gara krisis politik yang semakin serius.

“Tuntutan ketiga kami adalah supaya menghentikan segera politik wang yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu (membeli ahli Parlimen).

“Tawaran ‘durian’ dengan wang berjumlah RM32 juta  adalah jumlah besar di saat rakyat derita dan kami berharap agar YDPA ambil serius dan ambil peduli nasib rakyat dengan kadar segera.

“Ramai tanya kenapa keadaan jadi begini dan sebenarnya ia disebabkan hasil sebuah pengkhianatan dan penderhakaan kerajaan semasa,” ujarnya.-MalaysiaGazette