Sdr Kamaluddin Md Simpol Koordinator Jingga13 Kota Tinggi telah menyantuni 2 keluarga yang terkesan akibat pendemik covid19 di Felda Bukit Besar, Kota Tinggi, Johor.
Penerima pertama, Sdr Zulkifli yang diarahkan kuarintin dirumah akibat kontek rapat. Tidak dapat bekerja. Isteri beliau yang bekerja sebagai pembantu Tukang Masak di kedai makan pula terpaksa dicutikan buat sementara waktu. Anak-anak beliau kini duduk berasingan didaerah yang lain dan tidak dapat pulang.
Penerima kedua pula Sdr Daud, seorang pengusaha van sekolah. Disebabkan PKP dan sekolah ditutup, beliau telah kehilangan punca pendapatan sejak beberapa bulan yang lalu. Van beliau juga terpaksa direhatkan kerana kos penyelenggaraannya juga tinggi.
Jingga13 Kota Tinggi telah menghulurkan sumbangan barang dapur dan barang makanan bagi meringankan perbelanjaan keluarga. Semoga mereka tabah dengan ujian ini dan ada jalan keluar dari kemelut ini serta dilindungi dari wabak covid19.
#MuafakatPrihatinBerani