Saturday, 31 July 2021

ZIARAH BANTUAN SUMBANGAN JINGGA13 KOTA TINGGI SEKITAR PARLIMEN TENGGARA

 Jingga13 Kota Tinggi meneruskan lagi amalan bersedekah dan hari ini misi mereka adalah di sekitar Parlimen Tenggara.

Sdr Kamaluddin Md Simpol Koordinator Jingga13 Kota Tinggi bersama Sdr Salim Masrun Timb Koordinator, Ustaz Azahari Adam Amil Baitulmal, Cik Haliza Mohamad dan Puan Kamisah Pidin telah hadir melengkapi program ziarah teesebut.

Sebanyak 3 buah keluarga telah dikunjungi dan sumbangan juga telah dihulurkan yang berupa barang keperluan makanan dan barangan dapur serta sumbangan tunai.


Penerima Pertama

Sdr Zainal Md Dom, seorang anak peneroka yang tinggal diFelda Sungai Sibol. Beliau tidak bekerja dan menjaga kedua-dua orang tuanya yang sakit dan telah uzur.


Penerima ke 2

Sdr Elias Dolah, mangsa rumah terbakar yang tinggal di Felda Sungai Sibol. 50% Rumahnya terbakar namun tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Punca kebakaran adalah berpunca dari litar pintas. Pihak Amil Baitulmal telah mengambil maklum dan membantu segala yang perlu.


Penerima ke 3

Adik Mohd Thaqif bin Azlan seorang Kelainan Upaya ( OKU ) yang tinggal di Taman Anggerik, Bandar Tengggara. Beliau berusia 11 tahun, kecacatan fizikal dan sering kena sawan. Beliau tidak boleh ditinggalkan sendirian kerana dikhuatiri sawannya datang secara tiba tiba.


Tahniah diucapkan kepada semua yang terbabit terutamaJingga13 Kota Tinggi atas keprihatinan dan sudi membantu golongan yang memerlukan. Semoga sumbangan ini dapat meringankan kos perberbelanjaan keluarga.

Kepada para penyumbang juga diucapkan jutaan terima kasih atas keprihatinan dan pertolongan kalian. Moga Allah jua yang membalas kebaikkan kalian dengan kwbaikkan disisiNya.





#MuafakatPrihatinBerani