Sempena Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1442H/2021M, Jingga13 Kota Tinggi tetap merancakkan keprihatinan dalam membantu golongan yang memerlukan.
Seramai 5 keluarga yang amat terkesan akibat pkp telah dapat di bantu. Barangan makanan dan barangan dapur serta sayuran dan ayam telah dihulurkan bagi memenuhu keperluan menyambut raya.
Sdr Kamaluddin Md Simpol (Koordinator Jingga13 Kota Tinggi) bersama Ustaz Azahari Adam (Amil Baitulmal) serta dibantu oleh Sdr Zul (komrad jingga13) telah menyantuni kelima-lima keluarga tersebut dan menghulurkan sendiri bantuan tersebut.
Penerima 1
Puan Rozana Manaf
Seorang ibutunggal dan menyara ibunya yang telah uzur. Tinggal di Felda Sungai Sayong.
Penerima ke 2
Puan Sarimah Sarimin
Beliau adalah seorang bidan kampong dan tinggal di Taman Kota Jaya.
Penerima ke 3
Puan Aida (bukan nama sebenar)
Beliau seorang peniaga pasar malam. Kini sudah lama tidak bekerja dan hilang punca pendapatan.
Penerima ke 4
Sdr Aziz Adnan
Tidak bekerja setelah hilang pekerjaan asal. Beliau bekerja sambilan sebagai tukang kayu. Sepanjang pkp ini, beliau tidak dapat projek.
Beliau tinggal di Taman Amat Perang, Kota Tinggi.
Penerima ke 5
Puan Rosnah Tepol
Seorang ibutunggal dan tinggal bersama seorang anak yang mengalami Penyakit Sawan.
Tinggal di Taman Kuso, Kota Tinggi.
Jingga13 Negeri Johor mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada Sdr Kamaluddin dan semua komrad Jingga13 Kota Tinggi yang sentiasa prihatin dan sudi membantu golongan yang susah dan terkesan akibat pandemik covid19. Semoga Allah membalas kebaikkan kalian.
#MuafakatPrihatinBerani