Walaupun Ketua Koordinatornya, Shah Kesuma Jaya dimasukkan ke dalam hospital akibat penyakit Malignant Otitis Externa, Namun pasukan Jingga13 Melaka terus bergerak dan berusaha menyerahkan sumbangan wang tunai dari dermawan kepada 3 keluarga yang seminggu lepas mereka mengagihkan barangan runcitan.
Jingga13 Melaka mohon sesiapa atau keluarga yang terkesan buruk akibat Pandemik Covid-19 dan Lockdown, memerlukan bantuan , kibarkanlah BENDERA PUTIH , agar Jingga13 Melaka atau mana2 NGO berusaha dan ikhtiar membantu .
Jingga13 Melaka juga menyeru budiman atau dermawan yang ingin membantu, menyumbang atau menderma, boleh menghubungi Bendahari Jingga13 Melaka, saudara Ali Mas'ud di 016-4471262. Sumbangan anda akan disalurkan kepada mereka-merrka yang memerlukan .