Sunday 4 July 2021

JINGGA13 KELANTAN SANTUNI PUAN RABI'AH YANG KEPUTUSAN SUSU ANAK DAN BARANGAN MAKANAN

Setelah mendapat maklumat daripada insan yang tidak dikenali kepada Jingga13 Malaysia , dengan memberikan informasi bahawa ada seorang ibu di Tanah Merah , Kelantan  yang sudah keputusan susu anak dan barang makanan ekoran PKP . 

Jingga13 Malaysia telah memberikan maklumat tersebut kepada Jingga13 Kelantan untuk menyiasat dan mengambil tindakan .

Alhamdulillah hari ini , wakil Jingga13 Kelantan di Tanah Merah Komrad Suzyelawati Safii telah hadir ke rumah Puan Rabiah Zainudin di Kg Bukit Tebu , Tanah Merah , Kelantan .

Suami Pn Rabi'ah bekerja sebagai mrkanik sudah hilang pendapatan ekoran PKP. Pn Rabi'ah dan suami memiliki 5 orang anak .

Komrad Suzyelawati menghulurkan sedikit barangan makanan dan susu Duthlady 123 untuk anak beliau .

Semoga sumbangan tersebut dapat meringankan penderitaan beliau sekeluarga.  

#Jingga13kelantan