Friday 18 June 2021

JINGGA13 KUANTAN SAMPAIKAN SUMBANGAN BARANG MAKANAN KEPADA 10 KELUARGA TERPUTUS BEKALAN

 Jingga13 Kuantan telah mengambil tindakan positif dalam membantu mereka yang terputus bekalan makanan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Flat Bukit Setongkol , Kuantan , Pahang .

Komrad Shahril Ahmad , Koordinafor Jingga13 Kuanatan menyatakan , " Selepas mendapat maklumat daripada anggota Jingga13 Kuantan yang tinggal di Flat Bukit Setongkaol , Kuantan bahawa terdapat 10 keluarga menghadapi putus bekalan makanan , kami terus bergerak mendapatkan barang-barang makanan untul disumbangkan kepada mereka ".


Semoga Allah memberikan kesabaran dan ketabahan kepada mereka semua dan diharapkan sumbangan yang sedikit itu mampu melega dan meringankan bebanan mereka .