Wednesday 30 June 2021

JINGGA13 KOTA TINGGI DENGAN KERJASAMA BAUTULMAL KOTA TINGGI BANTU PESAKIT KANSER PAYUDARA

 Jingga13 Kota Tinggi menerima aduan terdapat seorang pesakit kanser yang memerlukan bantuan. Sdr Kamaluddin Md Simpol selaku Koordinator Jingga13 Kota Tinggi telah hadir menyiasat perkara ini.

Menurut Sdr Kamaluddin, dia telah menemui pesakit tersebut yang hanya mahu dipanggil sebagai Puan Nora. Beliau mengidap sakit kanser payudara sejak 2011. Beliau tinggal di Taman Kotajaya Dan bekerja di firma Persuruhjaya Sumpah.

Jingga13 Kota Tinggi telah menghulurkan sumbangan barangan makanan dan barangan dapur tetapi beliau menolak Dan menyarankan kepada kami agar menghulurkan bantuan tersebut kepada keluarga lain yang lebih memerlukan. Beliau hanya memerlukan bantuan ubat ubatan sahaja 

Perkara tersebut telah dibawa kepada Pihak Baitulmal untuk tindakan selanjutnya. Dan Alhamdulillah, Hari ini, kami dimaklumkan dari Utz Azahari bin Adam, Amil Baitulmal Kota Tinggi bahawa bantuan perubatan untuk Puan Nora telah diluluskan Dan telah diserahkan kepada beliau.

Jingga13 Kota Tinggi mengucapkan terimakasih kepada Pihak Baitulmal kerana segera membantu mereka yang memerlukan bantuan. Dan Pihak Kami turut mendoakan agar Puan Nora segera sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti sediakala..


#MuafakatPrihatinBerani