Saturday 26 June 2021

JINGGA 13 BEAUFORT AGIH BAKUL MAKANAN KEPADA 4 FAMILI TERKESAN PKP/PKPD

Tanggal 25/6/2021 , jingga13 Beaufort telah menyahut seruan motto Jingga13 iaitu PRIHATIN dengan melaksanakan satu program kecil sebagai program sulong Jingga13 Beufort.

Setiausaha Jingga 13 Beufirt Komrad Nur Nilam Sari menyerah sampai Bakul Makanan kpda 2 famili di Kg Kelabu , Dun Klias , Parlimen Beufort .

Program Agihan Bakul Makanan telah diserahkan kepada 4 famili yang terkesan dengan PKP/PKPD di Dun Klias.

Menurut Komrad Ibrahim Musra , Koordinator Jingga13 Beufort , " Adalah diharapkan sumbangan kecil ini dapat membantu meringankan famili yang terjejas disebabkan oleh PKP . Dan sudah tentulah Jingga13 Beaufort akan terus berusaha untk membantu rakyat Parlimen Beufort sedaya yang termampu ".


Komrad Ruzitah Tasip AJK Jingga13 Bfort dan Julianah Chieu Bendahari Jingga 13 menyerahkan sumbangan Bakul Makanan di Kg Rancangan Klias ( Dun Klias,Parlimen Bfort)...

Ikan Sembilang Ikan Patin
Ikan Emas Ikan karapu
JINGGA 13 Beufort jiwa prihatin
Turut menyumbang sedaya mampu