Monday, 3 May 2021

JINGGA13 MELAKA BUAT LAPORAN SPRM TERHADAP SALAHGUNA KUASA DAN RASUAH HAMZAH DALAM PDRM

Serentak dengan Jingga13 Malaysia dan Selangor , Jingga13 Negeri Melaka turut membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Cawangan Melaka .

Koordinator Jingga 13 Melaka, S. Jeyamurali a.k.a Shah Kesuma Jaya (tengah) bersama Timbalannya, Ammar Firdaus Suboh (kiri) dan Bendahari Jingga 13 Melaka, Ali Masud telah hadir membuat laporan terhadap salahlaku DS Hamzah Zainudin yang telah campurtangan dalam pentadbiran Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sepertimana yang didedahkan oleh Mantan Ketua Polis Negara .

Menurut Sdr S.Jeyamurrali a.k.a Shah Kesumua Jaya , Koordinator Jingga13 Melaka , " Kami hadit ke Pejabat SPRM Melaka untuk membuat laporan salah guna kuasa dan rasuah terhadap Menteri Dalam Negeri, DS Hamzah Zainuddin, berasaskan kepada  laporan Media/Berita Online dan klip audio/video yg tersebar " . 

Tambah beliau lagi. , " Tuduhan KPN Tan Sri Hamid Bahdor dan pengakuan DS Menteri Dalam Negeri jelas melanggar "Doktrin Pengasingan Kuasa (Seperation of Power). Justru, Jingga13 Melaka menyeru SPRM membuat siasatan terperinci dan menyeluruh dalam Angkatan Polis, SPP dan Salah guna Kuasa dan Rasuah oleh DS Hamzah Zainuddin atau mereka-mereka yang turut terlibat " .