Jingga13 Malaysia telah mengadakan Program Duit Raya Untuk Anak-Anak Asnaf/Yatim bagi mengantikan progran Baju Raya Untuk Anak-Anak Asnaf/Yatim kerana faktor PKP 3.0 di Selangor dan seluruh Malaysia membataskan pergerakan .
Namun semua itu tidak mematah semangat untuk jingga13 Malaysia meneruskan program menyantuni anak-anak asnaf/yatim dan menyampaikan amanah para penyumbang .
Komrad Afzainizm Abd Rahman , Setiausaha Agung Jingga13 Malaysia merangkap Pengarah program tersebut menyatakan , " Pada awalnya kita merancang untuk membawa anak-anak tersebut 'Shopping Raya' di pasaraya yang kita pilih , namun kerana kekangan PKP 3.0 , kami menukar kepada pemberian duit raya RM150 seorang anak asnaf/yatim dengan harapan mereka dapat membeli baju raya sendiri dan kami terpaksa melaksanakannya beberapa peringkat . Hari ini untuk beberapa orang anak-anak yatim di Pandan Perdana ".
Turut bersama dalam program tersebut ialah Komrad Liny Obliza , Koordinator Jinggawanis Pusat dan Komrad Maz , Setiausaha Jinggawanis Pusat .
Terima kasih para penyumbang yang telah menghulurkan sumbangan , semoga Allah sahaja yang mampu membalasnya.