Tuesday, 11 May 2021

AMK TERENGGANU BERSAMA JINGGA13 TERENGGANU ZIARAH ASNAF DI AKHIR RAMADHAN DI DUN LADANG

Mengambil catatan daripada AMK Terengganu :

" Alhamdulillah diberi peluang hari ini pula untuk meneruskan program bantuan asnaf. Kali ini saya cuba memberi penekanan sekitar Dun Ladang.

Bersama saya saudara Shahrul, Koordinator Jingga13 Negeri Terengganu. Sedikit mengusik emosi apabila melihat keadaan mereka. Ditambah pula perlaksanaan PKP 3.0 yang sangat memberi tekanan yang kuat kepada mereka semua.


Seorang pak cik yang sudah uzur. Seorang penarik beca yang perlu menanggung satu keluarga. Seorang abang yang menjaja di tepi jalan untuk menerus kelangsungan hidup dan diberitahu kadang-kala melakukan apa sahaja kerja selagi ianya halal. 

Semoga bantuan kecil daripada pihak kami ini dapat meringankan beban kamu semua, insyallah. 

#KitaBersama

#AMKTerengganu "