Saturday 8 May 2021

EKORAN CAMPURTANGAN DS HAMZAH , JINGGA 13 MALAYSIA HENDAK TANYA , KETUA POLIS NEGARA BARU INI 'BUDAK' HAMZAH KE ?? SEMOGA DIJAUHKAN OLEH ALLAH

Kenyataan Media

Jingga13 Malaysia


8 Mei 2021

EKORAN CAMPUR TANGAN DS HAMZAH DALAM PDRM , JINGGA 13 MALAYSIA HENDAK TANYA , KETUA POLIS NEGARA BARU INI 'BUDAK' HAMZAH KE ?? SEMOGA DIJAUHKAN OLEH ALLAH  

Isu campur tangan DS Hamzah Zainudin, Menteri Dalam Negeri dalam hal-ehwal Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sedang hangat diperkatakan oleh rakyat yang turut merasakan kebimbangan dan persoalan sekiranya Ketua Polis Negara (KPN) terbaru ini adakah 'BUDAK' yang akan mengikut telunjuk DS Hamzah Zainudin dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) seperti 'seekor lembu yang hidungnya diikat tali' ????? Semoga ianya tidak berlaku sebegitu dan diselamatkan oleh Allah SWT.

Kebimbangan campurtangan DS Hamzah yang dianggap salah oleh Mantan KPN TS Abdul Hamid Bador mempamerkan kerakusan dan kegilaan mabuk kuasa oleh seorang menteri PN untuk mempengaruhi salah satu agensi penguatkuasa yang seharusnya adil dan bebas serta berintegriti yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun. Malah tidak pernah berlaku sebelum ini perlantikan jawatan No.1 PDRM diragui dan dipertikaikan sejak daripada negara kita merdeka lagi ! 

Semoga KPN baru Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani adalah merupakan seorang yang berprinsip , bermaruah , berintegriti , amanah dan mampu memimpin PDRM dengan hebatnya dan tidak dipengaruhi dan mengikut telunjuk DS Hamzah atau mana-mana orang politik kerajaan PN . 

Perlantikan KPN dan Pegawai-Pegawai Tinggi PDRM kalau sekiranya ditentukan oleh menteri dan bukan berdasarkan kemampuan, kebolehan dan kesesuaian (merit) maka negara ini sudah rosak, institusi kepolisian negara sudah punah dan Jingga13 Malaysia yakin bahawa akan wujudnya amalan Korupsi, Kronisme dan Nepotisme (KKN) dalam PDRM. 

Malah lebih membimbangkan terdapatnya usaha dalam mengatur kedudukan Pengarah Cawangan Khas PDRM  juga dikhuatiri bakal digunakan untuk kepentingan politik DS Hamzah dan orang-orang politik kerajaan PN . 

Segala salahlaku dan jenayah yang dilakukan oleh Menteri dan orang politik Kerajaan PN akan ditutup oleh pihak berkuasa ini kerana intitusi kepolisian negara berada dalam tangan menteri dan orang politik kerajaan PN . 

Sebab itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajib mengambil tindakan tegas dan segera terhadap jenayah salahlaku dan salahguna kuasa yang dibuat oleh DS Hamzah, malah beliau sendiri telah mengakui bahawa suara audio yang viral adalah suara beliau yang ternyata mencampuri dalam pentadbiran PDRM dan dipertegaskan lagi dengan pendedahan oleh Mantan KPN. 

Maka adalah amat hairan dan tidak masuk akal bila respon segera DS Azam Baki Pesuruhjaya SPRM yang dilihat bersikap lepas tangan tidak mahu menyiasat dan mengambil tindakan terhadap perkara tersebut benar-benar mengecewakan dan turut menimbulkan kecurigaan adakah SPRM juga turut berlaku campurtangan oleh menteri sepertimana PDRM? 

Rakyat sedang melihat, memerhati dan menunggu tindakan oleh SPRM. Rakyat masih berharap SPRM adalah agensi yang benar-benar berintegriti dan bermaruah serta selamat daripada campurtangan menteri dan orang politik kerajaan PN . Selamatkan negara ini ! 

Mufakat*Prihatin*Berani


FARIZ MUSA 

Ketua Koordinator 

Jingga13 Malaysia