Thursday 29 April 2021

JINGGA13 KINI BERTAPAK DI KUALA NERUS , MOHD RIDZUAN DILANTIK KOORDINATOR JINGGA13 KUALA NERUS

Semalam 28 April 2021 , jam 10.30 malam , bertempat di Seberang Takir , Kuala Nerus , satu perjumpaan penubuhan Jingga13 Kuala Nerus telah diadakan . 

Turut hadir ke perjumpaan tersebut ialah Sdr Fariz Musa , Ketua Koordinator Pusat dan sdr Shahrulnizam , Koordinator Jingga13 Negeri Terengganu . Sdr Fariz Musa telah menerangkan sejarah dan objektif penubuhan Jingga13 Malaysia .

Dalam perjumpaan tersebut telah sebulat suara melantik sdr. Mohd Ridzuan bin Mohd Rashid sebagai Koordinator Jingga13 Kuala Nerus . 

Sdr Sharulnizam , Koordinator Negeri Terengganu turut menyatakan " Beliau ( Mohd Ridzuan ) akan mengadakan mesyuarat penubuhan Sekretariat Jingga13 Kuala Nerus dengan melantik barisan anggota sekretariat dalam tempoh terdekat serta merancang aktiviti sempena Ramadhan ini. , semoga penubuhan Jingga13 Kuala Nerus ini akan merancakkan lagi aktiviti Jingga13 di negeri Terengganu ".. 

Tahniah kepada sdr Shahrulnizam selaku Koordinator Negeri yang berjaya mengembangkan sayap jingga13 Negeri Terengganu selepas tertubuhkan Jingga13 Kuala Terengganu , Dungun , Kemaman , Hulu Terengganu dan yang terbaru Jingga13 Kuala Nerus . Diahamkan in sha Allah ke parlimen-parlimen lain di negeri Terengganu .