Program Wakaf Al-Quran Pasca Banjir anjuran Jingga13 Malaysia dengan kerjasama Jingga13 Pahang ke Parlimen Maran bagi menyempurnakan agihan 60 naskah Al-Quran ke surau , madrasah atau maajid.yang ditenggelami banjir dan lumpur dalam banjir besar tempohari . Banyak Al-Quran rosak .
Jingga13 Pahang yang diwakiki Sdr Razali A.Bakar Koordinator Jingga13 Pahang bersama Sdr Shahril , Koordinator Program Wakaf Al-Quran Pasca Banjir Jingga13 Malaysia menyampaikan amanah tersebut . Sebelum ini ianya tertangguh ekoran PKP 2.0.
Sdr Shahril dan Sdr Razali telah menyerahkan 20 naskah wakaf Al Quran Jingga 13 kepada Tuan Haji Ismail Ramli , Imam 2 Masjid Kampung Serekam, Maran , Pahang . Turut hadir bersama ialah Tuan Haji Awang , Ajk Keadilan Cabang Maran merangkap AJK Masjid Chenor , Pahang bagi mewakili Tuan Haji Afendi , Penyelaras Parlimen Maran yang tidak dapat hadir .
Maran adalah sebuah daerah yang besar juateru kesempatan itu Sdr Shahril menyampaikan 20 naskah Al-Quran kepada Masjid Chenor dengan mewakilkan kepada Tuan Haji Awang . Manakala 20 naskah lagi akan diagihkan di Madrasah yang akan diwaklkan kepada Tuan Haji Awang dan Tuan Haji Afendi .
Alhamdulillah misi agihan wakaf Al-Quran telah selamat disampaikan di Maran . Seterusnya 60 naskah lagi akan diagih di Parlimen Bera oleh Jingga13 Bera .