Sunday 7 February 2021

SUMBANGAN PRIHATIN WARGA EMAS KEADILAN KLUANG BERSAMA JINGGA 13 KLUANG.

 Ahad, 7 Feb 2021 , Melawat sepasang warga emas yang tinggal menyewa sebuah rumah usang di Kg Sembrong Lapis, Kluang.

Pakcik Arshad Sukri, 75 tahun hanya tinggal berdua sahaja bersama isterinya, Makcik  Sadiah Kasim 76 tahun dalam keadaan yang amat menyedihkan.

Keadilan Kluang bersama2 Jingga 13 Kluang menyampaikan sedikit sumbangan seperti barangan makanan, sepasang baju melayu, baju kurung, kain pelikat/batik, sabun mandi, hand sanitiser dan lain2.


Juga membelikan makanan untuk makam malam pasangan warga emas tersebut.

Hadir menyampaikan sumbangan, Sdr Kalytas, Ketua Cabang Kluang bersama ajk, Pn Haryati, Ketua Wanita Kluang, Sdr Jaafar , Koordinator Jingga 13 Kluang bersama ajk.

Terima kasih kepada semua rakan2 yang menyumbang wang tunai bagi menjayakan program Sumbangan Prihatin Warga Emas.


Jaafar bin Matek

Setiausaha Cabang Kluang

Parti Keadilan Rakyat