Sdr Shahrunizam bin Sedom yang merupakan Komrad Jingga13 Kota Tinggi telah ditimpa kemalangan ketika dalam perjalanan dari Tiram ke Bukit Besar. Beliau yang memandu kereta sendirian telah bertembung dengan sebuah kereta dari arah yang bertentangan.
Sekarang ini, beliau dirawat di wad Hospital Sultan Ismail. Beliau telah mengalami Kecederaan dibahagian tengkuk, patah tulang rusuk dan luka-luka dibahagian muka.
Jingga13 Kota Tinggi menyeru agar sama-sama dapat mendoakan kesembuhan buat beliau dan kiranya prihatin untuk membantu, bolehlah hubungi Sdr Kamaluddin Md Simpol selaku Koordinator Jingga13 Kota Tinggi untuk menyalurkan bantuan tersebut.
Keprihatinan Kalian sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
#MuafakatPrihatinBera