Monday 1 February 2021

JINGGA13 PAHANG DAN PEKAN RAYU SUMBANGAN BAIKI ATAP DAN DINDING RUMAH SDR FADLY

" Berat mata memandang , berat lagi bahu yabg memikul ...." Demikianlah keadaan rumah Sdr Mohd Fadly Hisham bin Ramli beralamat di No 5A Kampung Siong 266600 Pekan , Pahang .    

Bayangkn sewaktu hujan lebat  , sudah pasti Sdr Fadly sekeluarga dalam keadaan yang sangat menyedihkan , rumah basah akibat daripada atap bocor dan rosak 





Sdr Fadly bekerja sebagai pemotong rumput yang berpendapatan tidak menentu sudah pasti tidak mampu untuk membaiki atap zink rumah beliau yang sangat uzur dan boleh roboh bila-bila masa sahaja serta dinding rumah yang hanya ditutupi plastik putih .

Bayangkan bagaimana keselamatan mereka sekelurga . Beliau tinggal bersama 5 ahli keluarga dan sehingga kini tiada sesiapa pun datang membantu walaupun Parlimen Pekan diwakili oleh Mantan Perdanaa Menteri Malaysia  .

Justeru Jingga13 Pahang dan Pekan merayu warga yang prihatin dan belas ehsan mana-mana pihak untuk membantu bagi membaiki atap rumah Sdr Fadly. . 

Pihak kami memerlukan kos RM1500 untuk membeli atap zink , kayu , papan dan sebagainya serta akan membaiki secara gotong -royong . 

Sebarang pertanyaan atau sumbangan bolehlah menghubungi Sdr Razali A. Bakar . Koordinator Jingha13 Pahang di talian /whasap 0129643188 atau Sdr Mat Diah , Koordinator Jingga13 Pekan di talian / whasap  0103371656 .