Friday 12 February 2021

JINGGA13 KOTA TINGGI MENZIARAHI SHAHNIZAM SEDOM KERANA TERBABIT KEMALANGAN

 Komrad Jingga13 Kota Tinggi Sdr SHAHNIZAM SEDOM yang terbabit dengan kemalangan baru-baru ini telah dibenarkan pulang kerumah.


( Bendahari Jingga 13 Kota Tinggi menyerahkan Sumbangan Para  penderma kepada Koordinator Jingga13 Kota Tinggi yan terkumoul di akuan beliau untuk disampaikan  kepada Saudara Sahnizam Sedom )

Alhamdulillah, Kecederaan beliau tidak begitu parah, hanya melibatkan patah tulang rusuk dan tulang bahu. Namun beliau diminta membuat rawatan ulangan kerana sukar bernafas.

Jingga13 Kota Tinggi yang diwakili Sdr Kamaluddin, Pn. Kamisah, Cik Aliza dan Sdr Salim telah menghulurkan sumbangan tunai. Sementara Sdr Fakharuddin Ketua AMK Kota Tinggi merangkap Koordinator Jinggawan juga hadir dah menyampaikan sumbangan berupa barang2 keperluan dapur.


Turut hadir Sdr Azahari bin Adam, Amil Baitulmal dan juga Sdr Salim Masron wakil peguam yang àkan membantu Sdr Shahnizam dalam hal2 tuntutan insuran dan yang berkaitan.

Jingga13 Negeri Johor merakamkam ucapan Takziah kepada Sdr Shahnizam Sedom atas kemalangan yang menimpanya dan mendoakan semoga beliau cepat sembuh dan dipermudahkan segala2nya.




#MuafakatPrihatinBerani.