Sunday 31 January 2021

JINGGA13 KOTA TINGGI PRIHATIN KEHIDUPAN WARGA DESA SEKITAR KOTA TINGGI TERKESAN PASCA BANJIR

Musibah Banjir yang melanda Kota Tinggi baru-baru ini telah memusnahkan banyak harta benda termasuk perabut, alatan elektrik, barangan dapur, binatang ternakan dan pelbagai lagi kemusnahan.

Golongan terbabit terpaksa memulakan semula kehidupan bermula daripada bawah. Dengan masalah pendemik COVID-19 yang membataskan kemampuan ekonomi, telah membantutkan segala bantuan sosial.

Jingga13 Kota Tinggi yang dipimpin oleh Koordinator nya Sdr Kamaluddin Md Simpol bersama Sdr Menhad Awab telah menghulurkan Sumbangan Peribadi bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.


Sumbangan tersebut telah dipusatkan ke kawasan yang terjejas teruk termasuk Kg. Kelantan, Kg Panti dan Tmn Kota Jaya. Barang keperluan dapur dan harian, selimut tidur dan alas tidur toto serta sumbangan tunai telah dihulurkan kepada mereka.

Keseluruhan penerima melahirkan ucapan terima kasih dengan perasaan terharu bercampur sedih. Semoga mereka tabah atas ujian ini dan bersedia bangkit semula untuk meneruskan kehidupan.

Tahniah Jingga13 Kota Tinggi, Sdr Kamaluddin Md Simpol serta Sdr Menhad Awab atas keprihatinan Kalian.



#MuafakatPrihatinBerani