Thursday 20 August 2020

KEJOHANAN BOLA TAMPAR TERTUTUP KLUANG 2020 BERSAMA ADUN MENGKIBOL SABTU INII

 Kejohanan Bola Tampar Tertutup Kluang Tahun 2020 Anjuran Jingga 13 Kluang bersama Adun Mengkibol.



12 pasukan bertanding, akan dilangsungkan di Dewan Felda Ulu Belitong, Kluang

Wednesday 19 August 2020

JINGGA13 KLUANG DAN PKR CABANG KLUANG SAMPAIKAN KERUSI RODA KEPADA PN KOTHANAYAKEE

19 Ogos 2020 , Jingga 13 Kluang bersama2 Keadilan Cabang Kluang hari ini menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Pn Kothanayakee A/P Murugesu yang tinggal di Tmn Muhibah.

Beliau yang tinggal bersama anaknya tidak mampu untuk berjalan dan amat memerlukan sumbangan tersebut.

Sumbangan disampaikan oleh Sdr Jaafar, Koordinator Jingga 13 Kluang, Sdr Kalytas , Ketua Cabang Kluang , Pn Haryati , Ketua Wanita Cabang dan juga Ajk Cabang Kluang.



Terima kasih kepada SV Prohealth Pharmacy Sdn Bhd yang prihatin dengan menyumbang kerusi roda tersebut.

Diharap dengan  ini, dapat memudahkan pergerakkan Pn Kothanayakee.





#MuafakatPrihatinBerani

#KitaKeadilan

#Jingga13Kluang

#KeadilanKluang



Tuesday 18 August 2020

JINGGA13 PERLIS BERSAMA PKR CABANG ARAU EDAR 300 PELITUP MUKA KEPADA PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN ARAU

Tanggal 16 Ogos 2020 - Jingga13 Negeri Perlis bersama Ketua Cabang Arau dan pimpinan Cabang Arau mengedarkan pelitup muka di Taman Perumahan Pauh,Arau Perlis. 

Sejumlah 300 keping pelitup muka telah diedarkan kepada penduduk di kawasan tersebut, Langkah ini di ambil bertujuan untuk mengekang penularan wabak covid 19 yang kembali melanda di beberapa lokasi di Negeri Perlis baru-baru ini..

#jingga13Perlis
#muafakat|prihatin|berani. 

















Sunday 16 August 2020

JINGGA13 KLUANG SAMPAIKAN SUMBANGAN CERMIN MATA KEPADA PELAJAR MISKIN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAHANG

Jingga 13 Kluang menerima permohonan cermin mata dari pelajar Sekolah Men keb Kahang.

Maklumat yang diterima dari cikgunya, keluarganya amat susah dan tinggal di Ladang Mutiara, Kahang. Pelajar tersebut juga kerap tidak hadir ke sekolah kerana tidak dapat melihat dengan baik apa yang cikgu sampaikan.

Atas sikap prihatin, Jingga 13 berjaya mendapatkan cermin mata tersebut atas sumbangan rakan2.

Hari ini, Koordinator Jingga 13 Kluang, Sdr Jaafar bin Matek, telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada Pengetua Sek Men Keb Kahang, Encik Phua Kiat Kin yang mewakili Adik Fairuz Aiman, 5 UPM , pelajar tersebut tidak hadir ke sekolah pada hari ini.

Hadir sama menyampaikan sumbangan Sdr Lim, Mantan Ketua Masyarakat Kahang dan juga komrad Jingga 13 Kluang.

Terima kasih kepada En Rosman Tahir, pemilik kedai cermin mata, Nur Delima Pt Sulong yang memberi harga berpatutan.

#MuafakatPrihatinBerani