Jingga 13 Kluang menerima permohonan cermin mata dari pelajar Sekolah Men keb Kahang.
Maklumat yang diterima dari cikgunya, keluarganya amat susah dan tinggal di Ladang Mutiara, Kahang. Pelajar tersebut juga kerap tidak hadir ke sekolah kerana tidak dapat melihat dengan baik apa yang cikgu sampaikan.
Atas sikap prihatin, Jingga 13 berjaya mendapatkan cermin mata tersebut atas sumbangan rakan2.
Hari ini, Koordinator Jingga 13 Kluang, Sdr Jaafar bin Matek, telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada Pengetua Sek Men Keb Kahang, Encik Phua Kiat Kin yang mewakili Adik Fairuz Aiman, 5 UPM , pelajar tersebut tidak hadir ke sekolah pada hari ini.
Hadir sama menyampaikan sumbangan Sdr Lim, Mantan Ketua Masyarakat Kahang dan juga komrad Jingga 13 Kluang.
Terima kasih kepada En Rosman Tahir, pemilik kedai cermin mata, Nur Delima Pt Sulong yang memberi harga berpatutan.
#MuafakatPrihatinBerani