Kenyataan Media
Jingga13 Malaysia
27 Oktober 2020
MENJUNJUNG KASIH KEPUTUSAN DYMM YANG DI PERTUAN AGONG DAN RAJA-RAJA MELAYU MENOLAK CADANGAN DARURAT DAN MASA TERBAIK PENGISHTIHARAN PERDANA MENTERI KE 9
Jingga13 Malaysia merapat sembah dan menjunjung kasih ke atas pengumuman dan keputusan Ke Bawah DYMM Yang Di-pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu terhadap penolakkan Pengisytiharan Darurat yang telah dikemukakan cadangan oleh YAB Perdana Menteri.
Sebagai NGO yang turut mewakili rakyat Malaysia kami berbesar hati dan menyokong seutuhnya terhadap keputusan yang dilakukan oleh DYMM Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu untuk tidak menerima cadangan tersebut .
Jingga13 Malaysia percaya bahawa tindakan yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Jemaah Menteri adalah bersifat desparado politik yang hanya mementingkan jawatan dan kedudukan serta mahu menyelamatkan diri semata-mata tanpa langsung memikirkan kesan dan akibat terhadap rakyat dan ekonomi negara sekiranya perkara tersebut berlaku , malah menggunakan Covic-19 sebagai alasan untuk meghalalkan tindakan dan matlamat mereka .
Hal ini bukan sahaja boleh mengeruhkan lagi keadaan politik semasa malah memberikan kesan yang buruk kepada rakyat terutamanya, yang kini sedang berada di dalam krisis pendemik Covid-19.
Justeru , Jingga13 Malaysia menyarankan agar Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini sudah hilang sokongan untuk segera meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan dilantik seorang tokoh yang berwibawa iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memimpin Malaysia ke arah yang lebih cemerlang terutama dalam menghadapi pendemik Covic-19 , krisis ekonomi , pengangguran dan kemiskinan .
Dengan latar belakang serta pengalaman yang ada pada Datuk Seri Anwar Ibrahim, kami berkeyakinan bahawa beliau adalah calon yang terbaik untuk diistiharkan sebagai Perdana Menteri ke 9 .
Muafakat * Prihatin * Berani
FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia