Tanggal 30 Ogos 2020 , Bersempena Menyambut Hari kemerdekaan Malaysia yang ke 63, Program edaran Pelitup Muka Dan Jalur Gemilang diteruskan bagi menyemarakkan lagi semangat cintakan negara.
Hari ini Jingga13 Negeri Perlis, sekali lagi turun padang melakukan serahan Jalur Gemilang Dan Facemask bersama Yb Tuan Noor Amin Ahmad, Ahli Parlimen Kangar, di dua dun iaitu Sena Dan Kuala Perlis. Hadir turut serta YB Asrul, Adun Sena Dan Yb Azam Karap Adun Kuala Perlis.Program ini juga melibatkan beberapa sukarelewan lain termasuk sukarelawan dari dun dan juga AMK Kangar.