Tuesday, 14 July 2020

PERLANTIKAN YANG DI PERTUA DEWAN RAKYAT BARU BUKTI KERAJAAN PN ZALIM DAN TIDAK ADIL

Kenyataan Media
Jingga13 Malaysia

14 Julai 2020

PERLANTIKAN YANG DI PERTUA DEWAN RAKYAT BARU BUKTI KERAJAAN PN ZALIM DAN TIDAK ADIL

Jingga13 Malaysia benar,-benar kecewa dengan keputusan undian yang di buat oleh Ahli-Ahli Parlimen khususnya di blok kerajaan yang sanggup memperlekehkan institusi Yang Di Pertua Dewan Rakyat .

Kegagalan menyatakan alasan dan sebab oleh Perdana Menteri terhadap cadangan pelucutan Tan Sri Dato Mohamad Ariff sebagai Yang Di Pertua Dewan Rakyat membuktikan Kerajaan PN yang 'panik' , malah keputusan 111 Ahli Parlimen yang menyokong usul tersebut adalah turut membuktikan Kerajaan PN adalah kerajaan yang 'goyang' dan tidak mempunyai kredebiliti .

Penafian hak Ahli Parlimen untuk membuat pemilihan Yang Di Pertua Dewan Rakyat yang baru oleh kerajaan PN melanggar peraturan dan memperlekehkan Dewan Rakyat yang mulia  ,  malah perlantikan Datuk Azahar Azizan Harun di buat dengan secara tidak adil tanpa melalui pemilihan yang sah .

Jingga13 Malaysia merasa sangat kesal di mana Dewan Rakyat yang mulia dan amalan demokrasi berparlimen telah diperlekeh , dicemari dan integritinya dirosakkan oleh Perdana Menteri dan Kerajaan PN yang mabuk kuasa demi kepentingan politik mereka semata-mata .

Muafakat * Prihatin * Berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia