Friday 10 July 2020

JINGGA13 KOTA TINGGI SUMBANG PELITUP MUKA DAN SERTAI PROGRAM GOTONG-ROYONG DI SMKSA

Jingga13 Kota Tinggi yang diketuai oleh Sdr Kamaluddin Md Simpol sebagai Koordinator, hari ini telah mencurahkan khidmat sukarelawan turutserta dalam Program Gotong royong yang diadakan di Sekolah Men. Keb. Sultan Alauddin Felda Bukit Besar (SMKSA).




Sempena Kembali Sekolah 15.7.2020 selepas PKPP, pihak sekolah telah melancarkan Program Gotong royong dan Jingga13 Kota Tinggi rasa terpanggil untuk melibatkan diri bersama.



Sdr Kamaluddin Md Simpol juga mewakili pihak Jingga13 telah menyumbangkan Mask Penutup Muka kepada pihak sekolah sebagai bekalan tambahan untuk dimanfaatkan kepada guru dan murid2.


Jingga13 Kota Tinggi sedia berkhidmat kepada pihak SMKSA jika diperlukan pada bila2 masa. Semoga jalinan kerjasama ini akan memberi manfaat kepada kita semua.


#MuafakatPrihatinBerani