Tuesday 19 May 2020

PROGRAM "ZIARAH KASIH SEMPENA AIDILFITRI" JINGGA13 PERLIS SANTUNI 20 ASNAF DI DUN SIMPANG 4 , DUN GUAR SANJI DAN DUN PAUH

Pada hari Isnin , 18.5.2020 , Jingga13 Perlis mengadakan "Ziarah Kasih sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi Jingga13 Negeri Perlis menyantuni seramai 20 puluh orang asnaf didalam DUN Simpang 4, DUN Guar Sanji Dan Dun Pauh.


Ziarah Kasih kali ini dihadiri oleh Koordinator Jingga13 Negeri Perlis Saudara Rizal dan Timbalan Koordinator Saudara Nashriq.
Turut serta AJK Jingga Negeri ialah Saudari Azura, Saudara Baharudin, Saudari Yana selaku Bendahari Jingga13 Negeri Perlis dan wakil penyelaras Dun masing masing.


Alhamdulillah..ziarah Kasih Aidilfitri akan terus dijalankan  minggu ini dan sehingga ke sehari sebelum raya untuk membantu golongan yang memerlukan..


Terima Kasih kepada semua yang menjayakan program ini bagi Dun-dun didalam Parlimen Arau.
Semoga dengan sedikit sumbangan ini dapat memberi keceriaan kepada mereka.
InsyaAllah..


Terima Kasih kepada penderma Dan penyumbang Jingga13 Negeri Perlis.
Semoga anda semua dirahmati dan dimurahkan rezeki selalu hendaknya..

#Muafakat
#Prihatin
#Berani