Tuesday 3 March 2020

PEMAKLUMAN BAHAWA ZULHAIRI BUKAN LAGI KOORDINATOR JINGGA13 BAKRI

3/3/2020 Sdr Muhamad Zulhairi Sabran telah mengumumkan perletakan jawatan Koordinator Jingga13 Bakri berkuat kuasa serta merta.

Menurut Sdr Zabidie Abas Koordinator Jingga13 Johor, beliau telah menghubungi Sdr Zulhairi dan telah maklum dengan perkara itu. Alasan yang beliau berikan adalah untuk memberi tumpuan sepenuhnya dengan kerjaya politi beliau.

Jingga13 Johor menghormati keputusan dan menyambut baik perletakan jawatan beliau. Sementara itu, pihak kami akan melantik Koordinator yang baru bagi menggantikan beliau. Buat masa ini segala aktiviti dan pergerakan atas nama Jingga13 Bakri akan dihentikan sehingga keadaan kembali pulih.

Pihak kami mengucapkan terimakasih kepada Zulhairi dan Sekretariat Jingga13 Bakri yang telah berjaya menjalankan aktiviti sebelum ini.