Saturday 7 March 2020

JINGGA13 MUAR SANTUNI AHLI SEKRETARIAT DAHULU DALAM MISI JEJAK PRIHATIN ASNAF

6.3.2020 - Hari ini bermula pergerakan kami dari NGO JINGGA 13 MUAR.


Sebelum meneruskan langkah menyantuni penerima2 sumbangan lain yang akan datang.. saya santuni dulu Ahli Jawatankuasa Sekretariat Jingga 13 Muar yang juga memerlukan sumbangan kerana mereka juga telah banyak membantu saya selama ini. Sumbangan yang diberikan adalah terdiri dari barang2 keperluan dapur bagi tujuan meringankan bebanan mereka .


Rumah pertama ialah Puan Shuaida yang tinggal Parit Latiff Sarang Buaya Semerah. Seorang ibu tunggal yang mempunyai 4 orang anak, berkerja kilang dan menumpang hidup di rumah mak ciknya.


Rumah kedua ialah Puan Suhaizy di Parit Ponorogo, Jln Yusof Semerah. Seorang ibu dan isteri yg mempunyai anak seramai 6 orang yang mana keperluan hidup mereka sangat mendesak dengan membesarkan anak2 yang masih kecil.




Semoga Allah memberkati kehidupan mereka dan dipermudahkan segalanya..aamiin





#koordinatorjingga13muar