Program telah dimulai dengan sesi ucapan oleh Pengerusi MPKK Felda Air Tawar 3 Tok Ahmad Asraf. ,
kemudian ucapan oleh Ketua AMK Kota Tinggi, Sdr Fakharuddin bin Moslim merangkap Timbalan Ketua Jinggawan Kota Tinggi . Diikuti pula ucapan Koordinator Jingga13 Johor Sdr Zabidie Abas.
Seterusnya ceramah dan penerangan tentang Kad Sihat oleh Sdr Chegu Osama. Warga asnaf dan golongan B40 samada bujang, janda mahupun duda berpeluang menikmati kelebihan yang kerajaan PH berikan. Setelah mendapat penerangan lengkap dan keistimewaan yang kerajaan tawarkan, semua yang hadir sekitar 100 orang terus mendaftar untuk memohon Kad Sihat tersebut.
Hadirin juga di sajikan dengan ceramah motivasi bertajuk Memacu Ekonomi Anak Muda oleh Sdr Omar bin Mokhtar Ketua Penerangan AMK Johor. Beliau menekankan bagaimana cara merebut peluang untuk meningkatkan ekonomi dan usaha untuk keluar dari garia kemiskinan. Beberapa tip dan nasihat berguna telah dikongsikan serta kata kata perangsang buat peserta yang hadir.
Mengakhiri majlis tersebut, satu taklimat penerangan berkaitan Asnaf dan bantuan zakat oleh Tuan Imam Fariz Muhamad . Beliau mengkhususkan untuk penduduk Felda Air Tawar 3 sahaja. Ini bagi memastikan pengagihan zakat sempena Aidilfitri nanti dapat diagihkan dengan lebih telus dan teratur.
Turut hadir ialah Tok Penghulu Mukim Kota Tnggi, Sdr Kamaluddin Md Simpol Koordinator Jingga13 Kota Tinggi dan Sdr Mond Syaamil Sobri Koordinator Jinggawan Kota Tinggi serta jawatankuasa Jingga13 Kota Tinggi.
Jingga13 Johor mengucapkan tahniah kepada Jingga13 Kota Tinggi kerana berjaya menjalinkan usahasama dengan AMK dan MPKK dalam menjayakan Majlis tersebut. Kami sentiasa menyokong dan bersedia bekerjasama dengan semua pihak selagi ianya memberi manfaat kepada masyarakat dan golongan miskin.